Bolehkah gabung puasa enam Syawal dan puasa ganti Ramadan serentak? Ini penjelasan agamawan

A
A
A

Bolehkah gabung puasa enam dan ganti puasa Ramadan serentak? Ini penjelasan agamawan

ANTARA amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

Ramai yang meninggal puasa Ramadan kerana keuzuran memilih untuk menggantikan puasa pada bulan Syawal ini.

Menjadi kewajipan bagi seorang muslim menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkan disebabkan keuzuran yang dibenarkan oleh syarak atau ditinggalkan dengan sengaja sebagaimana yang jelas dinyatakan dalam firman ALLAH SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ

Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Surah al-Baqarah (184)

Baca juga: Kena minta izin suami dulu bila nak puasa sunat?

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Memasuki bulan Syawal, ada yang sudah mula berpuasa bagi menggantikan puasa. Malah ada yang melakukan secara serentak secara ‘dua dalam satu’.

Lebih-lebih lagi bagi merebut pahalanya yang sama dengan dengan berpuasa sepanjang tahun.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi maklumat berkenaan hukum menggantikan puasa dan menunaikan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

Baca juga: Jangan lepaskan peluang berpuasa pada hari putih pada setiap bulan. Banyak kelebihan yang boleh kita raih

Berikut enam info anda perlu tahu:

1-Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran wajib menqadakannya serta-merta selepas tamat Ramadan dan selepas selesai hari raya pertama.

2-Individu yang berbuka puasa tanpa keuzuran tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qada.

3-Namun sekiranya seseorang tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak maka harus baginya mendahulukan puasa enam Syawal daripada puasa qada kerana waktu untuk qada puasa adalah muwassa` (luas).

4-Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan pendapat muktamad adalah lebih afdal jika seseorang itu mengqadakan puasa berasingan dengan puasa enam pada bulan Syawal.

5-Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang daif.

6-Namun begitu, menyegerakan qada puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan.

Baca juga: Jangan pandang remeh! 7 perkara utama ini boleh batal puasa, wanita wajib kena tahu

3 FAKTA PUASA ENAM SYAWAL

- Puasa sunat enam pada bulan Syawal boleh ditunaikan secara berturutan atau berasingan.

-Ia boleh diawalkan atau dilewatkan selagi masih berada dalam bulan Syawal.

-Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansari RA:

“Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan, lalu diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seperti puasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)

Semoga penjelasan ini memberi pencerahan dan mempermudahkan urusan qada puasa dan menunaikan puasa sunat yang lain.

Baca juga: Bahaya jika selalu berbuka puasa dengan makanan bergoreng, 7 fakta wanita wajib ambil tahu

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca