Ini 4 item dalam Pakej Penjagaan Covid-19, 3.6 juta golongan B40 bakal terima
PENULARAN wabak covid-19 masih berleluasa. Setelah dua tahun, kita masih belum menang dalam melawannya.
Golongan B40 tidak terkecuali dijangkiti virus itu. Berita baik buat 3.6 juta isi rumah kategori berkenaan apabila mereka layak untuk menerima Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Baca juga: Selimut ditarik, tasbih direntap, wanita kongsi pengalaman seram bercuti di sebuah vila di Melaka
Apa yang ada di dalam kotak PPC ini?
Setiap keluarga B40 akan menerima:
- 4 kit ujian kendiri Covid-19
- 4 pelitup muka guna semula
- 1 oximeter
- 1 termometer
Dalam pakej berkenaan, turut disertakan risalah penggunaan peralatan dan info-info sihat yang boleh dijadikan sebagai panduan.
Berita tersebut disampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman sosial Facebook.
“Dengan pakej ini jika kita mempunyai gejala, kita boleh buat ujian kendiri, memeriksa tahap oksigen dalam darah dan suhu badan,” katanya.
Warga maya menyambut baik pengumuman tersebut dan berharap pakej berkenaan diterima golongan sasaran.
- “Terbaik KKM, terbaik KJ.”
- “Tahniah KKM dan KJ. Pada pendapat saya pemberian kepada B40 boleh melalui Pos Malaysia sahaja.”
- “Terima kasih kerajaan Malaysia, KKM.”
- “Terima kasih YB atas pemberian kit ini. Berharap ia sampai kepada penerimanya iaitu B40 di seluruh negara.”
Baca juga: [VIDEO] “Keladi Mak Dah Viral..” Pokok Keladi Saiz Gergasi Belakang Rumah Tinggi Dari Bumbung
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Facebook KKM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang