POKOK keladi menjadi trend terkini pokok hiasan

Susulan daripada permintaan ramai di kalangan pencintanya, pelbagai spesies keladi dijual dengan harga yang tinggi hingga yang mencecah ribuan ringgit.

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok mengenai pokok keladi milik seorang wanita di sebuah negeri di utara tanah air.

Pokok keladi bersaiz gergasi tu mempunyai daun yang sangat besar.

Baca juga: [VIDEO]Wanita OOTD Di Telaga Tujuh Langkawi Tetiba Muncul Wajah Misteri Buat Ramai Seram

Malah pokok keladi berkenaan mempunyai ketinggian hampir separas pokok-pokok lain yang tumbuh di sekitarnya.

Menurut pemilik akaun TikTok @Nor Insah, pokok keladi berkenaan milik ibunya yang telah tumbuh sejak tahun 2014 di bahagian belakang rumah keluarga mereka.

“Rezeki keladi ini tumbuh besar dan segar di belakang rumah mak saya dengan izin ALLAH,” katanya.

@insalious Reply to @abeminwb rezeki keladi ni tumbuh besar dan sihat dibelakang rumah mak saya dengan izin Allah #keladiviral #fyp ♬ Mawlaya Salli Wa Sallim – Mohamed Tarek & Mohamed Youssef

Menurut Nor Insah, rumpun keladi gergasi berkenaan hidup subur bersebelahan kandang kambing milik ibunya.

Baca juga: [VIDEO] 4.00 Petang Gelap Gelita, Abu Tenggelamkan Rumah Hingga Ke Atap, Berikut Sejarah Letusan Gunung Semeru

Malah ketingian tumbuhan itu melebihi paras bumbung kandang berkenaan.

Keladi gergasi berkenaan dipercayai spesies Black Stem Elephant Ear itu ditanam ibu Nor Insah sejak tahun 2014.

 

@insalious Reply to @juice3105 ghisauu tuan keladi dengar keladi dia viral 😁 #keladiviral #fyp ♬ suara asli – desilestari.


Wanita itu tidak menolak kemungkinan keladi berkenaan menjadi besar susulan daripada terdedah kepada najis kambing daripada kandang berdekatan.

Menerusi ruangan komen, warganet meluahkan kekaguman melihat pokok bersaiz besar dan jarang ditemui tu. Malah ada yang berseloroh seolah-olah berada di zaman dinosaur.

 

“Macam zaman dinosaur…”

 

“Baja najis kambing”

Iklan

 

 

“Boleh buat payung”

 

“Serumpun ubi kenduri sekampung”

 

Iklan

 

“Tak pernah jumpa besar begini”

 

Menurut gardenia.net, spesies keladi black stem atau nama sainstifiknya Colocasia esculenta itu boleh mencapai ketinggian sehingga lima hingga enam meter dengan rumpun bersaiz empat hingga lima kaki.

Ia tumbuh subur di kawasan lembap dan teduh menjadi pilihan tepat para pencinta seni lanskap susulan daunnya yang cantik.

Sumber: TikTok Nor Insah, gardenia.net