Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam 'neraka'

A
A
A

TIDAK ada manusia yang dilahirkan sempurna di muka bumi ini.

Pasti terdapat kekurangan mahu pun kelebihan di mana-mana dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Semua orang pasti ingin menjadi insan yang terbaik buat pasangan masing-masing.

Tetapi, untuk menjadi seorang pasangan yang baik bukan sesuatu perkara yang mudah.

Meskipun usia perkahwinan sudah menjangkau bertahun lamanya kalau tiada usaha dalam memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik pun tiada guna juga.

Seperti perkongsian Firdaus Shakirin ini, hidup ini banyak yang perlu kita belajar bagi saling melengkapi suami isteri.

"Perempuan lepas kahwin, kalau tak pandai masak, memang kena mengata la.

"Tapi laki kalau lepas kahwin, tak pandai jadi imam atau tak nak mengimamkan isteri dia, ada kena apa-apa tak?

"Laki yang lepas kahwin tak solat, tak nak bagi nafkah, berkira bab duit, tak tolong isteri uruskan hal-hal rumah, sat kerja sat tak kerja, asal malam je keluar melepak menghilang sampai pagi buta, mereka ni ada kena kata apa-apa tak? Terlepas begitu sahaja..." tulisnya di Facebook.

Menurutnya, tak semua orang dapat memenuhi kehendak hati orang lain dan isteri bukan hamba.

"Tanggapan lelaki pada wanita yang dikahwininya ialah dia mesti pandai masak, dia mesti pandai buat keje rumah, dia mesti pandai layan suaminya.

"Dah bayar 15k, dah bayar 20k... Kita ni beli hamba ke apa dengan nilai tu? Nak semuanya dari dia? Nak dia jadi seperti apa yang kita bayangkan?

"Kalau dia tak memenuhi 'expectation' kita, maka kita dah silap pilih dia jadi pasangan kita? Macam tu?" ujarnya.

Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam 'neraka'

Katanya, suami dan isteri perlu sentiasa ingat bahawa hidup berrumahtangga kena saling melengkapi.

"Belajarlah... Tak pandai masak, belajar bagi pandai masak. Tak pandai jadi imam, belajar bagi pandai jadi imam.

"Kita jangan anggap pasangan kita jadi macam yang kita nak tanpa kita pun jadi macam apa yang dia nak.

"Isteri kita pun nak kita jadi pembimbing kepada dirinya. Seseorang yang boleh ajak dia beribadah, tegur cara dia beribadah, ingatkan dia tentang agama dan perkara-perkara yang agama tuntut.

"Isteri nak suami yang boleh menyelamatkan dia dari api neraka, suami yang nak bawak dia masuk syurga.

Baca juga Ayat ke-9 surah Yaasin pendinding, KP Johor kongsi amalan benteng diri

"Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam 'neraka'. Dah tak mampu bagi bahagia, jangan pula bagi derita. Dah tak mampu menyenangkan, jangan pula menyusahkan. Dah tak mampu menghargai, jangan pula buat tak peduli.

"Hidup rumahtangga ni kena saling melengkapi. Jangan nak diri sendiri sahaja dilayan seperti raja tanpa kita layan isteri permaisuri

"Isteri bukan hamba abdi yang kita beli dengan lafaz 'Aku Terima Nikahnya...'," ujarnya.

Justeru, tidak ada salahnya jika kita sentiasa belajar untuk memperbaiki kekurangan diri kita dan sentiasa ingin menjadi yang terbaik untuk pasangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca