[VIDEO] Kereta masuk laluan motosikal sebabkan kemalangan, mujur mangsa ada rakaman
MAKIN menjadi-jadi pula perlakuan pemandu kereta di ibu negara yang sengaja memasuki lorong motosikal sehingga mengundang kebimbangan penunggang lain.
Dalam kejadian 19 Ogos lalu, perbuatan pemandu kereta terbabit telah menyebabkan kemalangan. Mujurlah dikhabarkan penunggang motosikal yang hendak mengelakkan kereta memasuki laluan motosikal tersebut tidak mengalami kecederaan berat.
Huh memang gila... Siapa sangka dari bawah terowong kecil di laluan motosikal tiba-tiba sahaja sebuah kereta dari arah bertentangan keluar dengan laju dari situ.
Mangsa bermotosikal yang hendak mengelak kereta itu terpaksa ke tepi lorong sebelah kiri. Malangnya tak sempat mengelak hingga terlanggar dinding terowong berkenaan.
Dalam rakaman berdurasi tidak sampai seminit itu, si pemandu kereta itu pula dikatakan terus memecut meneruskan perjalanan susulan kejadian.
Patutlah ramai warganet yang marah dan memaki hamun perbuatan tersebut.
Ya, silap haribulan boleh mencabut nyawa. Bayangkan tindakan luar jangka ni... kereta melawan arus di laluan motosikal. Apalah gamaknya yang ada dalam fikiran pemandu terbabit tatkala melakukan perbuatan ini?
"Rakaman dari GoPro helmet kes kemalangan berlaku pada 19 Ogos 2020 l/kurang jam 1530hrs-1600hrs di Lebuhraya Persekutuan menghala Mid Valley. Sebuah kereta dikesan melalui lorong motosikal sehingga berlaku kemalangan kecil terhadap seorang penunggang motosikal. Minta sesiapa yg mempunyai sebarang maklumat berkaitan kereta tersebut, sila inbox kami. Harap maklum..#inforoadblock."
Itu kongsi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis semalam hingga hantaran tersebut tular dan menjadi topik hangat dikongsikan warganet.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/97735/BERITA/Viral/Polis-cari-pemandu-Toyota-Vios-lawan-arus-di-laluan-motosikal
Susulan kejadian itu, ramai yang memberikan komen bahawa kejadian seumpamanya sudah semakin menjadi-jadi yang mana pemandu kereta memasuki laluan penunggang motosikal.
Dalam kejadian tersebut kelihatan kereta terbabit melawan arus. Namun demikian, timbul persoalan mengapa turut ada penunggang yang menunggang sebuah motosikal di hadapan kereta tersebut. Itu jua antara menyebabkan timbul pelbagai 'teori' dan spekulasi perkaitan dengan pemandu kereta berkenaan.
Ya, motosikal ditunggang melawan arus di lorong laluan motosikal juga antara perkara yang perlu diberikan perhatian.
Dalam pada itu mujur juga penunggang motosikal tersebut yang juga mangsa mempunyai rakaman video berhubung kejadian.
Warganet turut menarik sedikit nafas lega kerana dengan rakaman yang jelas itu pemandu berkenaan diharap akan dapat dibawa ke muka pengadilan.
Antara komen warganet:
Hebat mengelak motor depan, walaupun terbabas. Harap Polis ambil tindakan tegas kepada pesalah & insurans memudahkan urusan mangsa kemalangan.
Harap sgt pihak berkuasa kenakan hukuman tegas, terhadap kereta2 yg menyalahguna laluan motorsikal, xde alasan xtahu laluan,
adoiii federal hway ni, selalu yg motor msk laluan kereta, yg ni kereta masuk laluan motor .. balas dendam la tu ??.. kasik samannn
Kereta rilek senang2 jer melarikan diri masuk lorong moto ?? yg moto plak tercium dinding..
Dah kenapa pemandu malaysia skrg ni.. Makin mjadi sejak akhir2 ni.. Salah siapa ni.. Ke mmg dah reti baca bahasa malaysia kat signboard tu..
Sebab tu kerajaan kena tarik balik lesen pemandu mcm ni. Bukan terima alasan waze.
Tu la patot x payah laluan moto ni.. kesian penunggang moto ni.. lalu jln kete kene saman.. lalu jln moto mcm ni plak nasib dia.. ???
pelikkk mcm mne lorong sehala boleh lalu pulakk? bkn lorong sehala je? pelik moto gan kereta kluar laluan salah..
memang kena pasang kamera rider,2 ari lepas saya kena langgar lari,motor hancur.kerwta lari..eeemm.,syukur saya selamat. .
sebab tu aku tk ikut jalan motor, terlalu bahaya, nk saman ko saman je lah, nyawa aku lg penting dari duit
Nak kata lari dari tol, situ mana ada tol,
Laluan motosikal selamat?
Selalunya kita dengar penunggang motosikal yang memasuki laluan kereta akan disaman. Tapi kali ini berlaku sebaliknya.
Semoga jika benar bersalah, pemandu kereta yang sengaja memasuki lorong motosikal itu dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya yang boleh memberikan impak risiko pada nyawa orang lain. -AG
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang