'Mengganggu rumahtangga orang satu jenayah.' Peguam syarie ini dedah hukuman penjara yang ramai tidak tahu!
Ya! Mengganggu rumahtangga orang lain adalah satu jenayah ya!
Saat ini, kisah rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof hangat diperkatakan masyarakat.
Selama empat tahun 'memendam rasa', ibu kepada sepasang cahaya mata itu tidak betah untuk bersabar lagi.
Dengan penuh keberanian, beliau mengambil keputusan memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar, wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya.
Puteri Sarah berkata, tindakan tersebut adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan.
Selain menuntut keadilan, pelakon tersebut juga mahu menyelamatkan rumah tangga dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.
HABIS REPUTASI, ADA REKOD DIPENJARA
Kisah Puteri Sarah sebenarnya adalah salah satu contoh cebisan kisah rumah tangga yang berantakan dek kehadiran orang ketiga.
Sebenarnya, ada juga isteri lain di luar sana yang mengalami nasib sama sepertinya.
Pepatah yang menyebut makan hati berulam jantung dek penangan 'penyondol' memang sesuai memberi gambaran betapa peritnya hati seorang wanita yang dikhianati.
Yang mampu dilakukan adalah bersabar, namun sampai bila kesabaran itu mampu bertahan?
Namun, golongan wanita yang ditimpa nasib sedemikian rupa, usah risau.
Rupa-rupanya ada undang-undang khusus boleh dikenakan terhadap orang ketiga yang mengganggu rumah tangga kita!.
Dalam satu perkongsian oleh peguam Syarie bernama Atikah Rashid, beliau mengakui gangguan pihak ketiga adalah satu kesalahan jenayah syariah.
Ya, mengganggu rumah tangga orang lain adalah satu JENAYAH ya!
"Gangguan daripada pihak ketiga adalah di bawah bidang kuasa pendakwa kerana ia merupakan satu kesalahan JENAYAH syariah. Ya, mengganggu rumah tangga orang lain adalah satu JENAYAH ya!
"Nampak seronok ganggu rumah tangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang, tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan daripada pihak ketiga boleh dikenakan hukuman PENJARA atau DENDA atau SEBATAN atau mana-mana kombinasi hukuman.
"Bayangkan dimasukkan penjara hanya kerana sebab menganggu rumahtangga orang?! Berbaloi ke? Habis reputasi ada rekod dipenjarakan," ujar Atikah menerusi kapsyen di Instagram miliknya.
Baca #SiBibirMerah: Warganet sokong tindakan nekad Puteri Sarah saman, perjuang hak wanita
JANGAN MERENDAH-RENDAHKAN MAHKAMAH SYARIAH
Tegas beliau lagi, hukuman tersebut menunjukkan bidang kuasa mahkamah syariah kini sudah dipertingkat. Tidak lagi seperti dulu yang dilihat hanya sekadar membayar denda jika melakukan kesalahan.
Sementelah, ramai yang tidak tahu akan kewujudan hukuman penjara tersedia bagi si pesalah untuk kes jenayah di bawah undang-undang syariah memandangkan ia tidak diketengahkan menerusi media selama ini.
"Mahkamah Syariah sekarang dah makin ke hadapan, jangan merendah-rendahkan mahkamah syariah. Dulu orang selalu kata, hukuman kat mahkamah syariah denda sahaja, bawa saja duit nanti.
"Boleh tengokkan kes Emilia bekas isteri SM Faisal baru-baru ini. Mahkamah syariah yang jatuhkan hukuman penjara. Kes-kes jenayah yang lain sekarang ini seperti khalwat, minum arak, berjudi juga banyak yang telah dikenakan hukuman penjara . Cuma tak diuar-uarkan sahaja di media," ungkapnya.
JANGAN BANGGA SKANDAL DENGAN SUAMI ORANG
Beliau dalam pada itu menasihati kaum wanita di luar sana supaya bijak menjaga kehormatan sendiri dan elak terjebak dengan skandal suami orang atau mengganggu rumahtangga.
Ingat, jangan mengganggu kebahagiaan orang lain kerana perbuatan tersebut sangat memalukan, lebih-lebih lagi menganiaya kaum sendiri.
"Jangan merosakkan diri sendiri hanya untuk keseronokan sementara. Jangan menganiayai orang lain tambah-tambah sama-sama gender perempuan yang mana patutnya lebih memahami.
"Jangan normalisasikan dan banggakan yang anda adalah seorang skandal suami orang. Mana sikap perempuan melayu yang penuh dengan sifat malu. Baliklah kepada fitrah asal kita," tegas Atikah lagi.
Justeru, kepada anda yang mungkin ada niat mahu jadi perampas, orang ketiga, penyondol atau apa-apa istilah pun, berjaga-jaga ya.
Undang-undang boleh membawa anda ke sel penjara. Ini bukan main-main!
Baca lagi Dakwaan bakal diceraikan selepas pulang umrah tidak benar, Puteri Sarah masih masih bergelar isteri
View this post on Instagram
Sumber: Instagram peguamsyarie_atikah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang