'Ramai wanita layak jawatan BOD, kena keluar daripada kepompong.'- Nancy Shukri

Copy of Copy of gambar portal (59)
Copy of Copy of gambar portal (59)
A
A
A

SASARAN wanita dalam kelompok pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat di peringkat kerajaan kini mencapai 42 peratus.

Ia melebihi 30 peratus yang ditetapkan namun di sektor swasta masih belum memenuhi kuota tersebut.

Peratusan itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri selaku panel dalam program Town Hall Rakyat kali kesembilan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

“Ramai wanita yang layak untuk memegang jawatan sebagai board of director (BOD). Oleh kerana itu, sasaran kita kena meningkat dan berkembang.

“Dan saya tekankan lagi kita mesti ‘break the glass ceiling’ (keluar daripada kepompong).

“Kita juga perlu meneruskan perjuangan supaya dapat meningkat diri dari semasa ke semasa,” katanya.

Program yang berlangsung pada Khamis itu dihoskan oleh Fikry Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau berkata, peranan utama sekarang adalah untuk mencari kaedah bagi sektor swasta mencapai sasaran 30 peratus.

“Kerajaan sudah penuhi sasaran, dalam swasta belum lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Nancy turut meminta Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu kerajaan mengumpul data golongan berkenaan.

Jelasnya, dengan adanya data tersebut memudahkan kerajaan untuk merancang pembangunan untuk kemudahan OKU.

Untuk rekod, beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Nancy juga pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca