“Saya dah tutup pintu depan, tapi …”- luahan Ismail Sabri bersama emoji raih perhatian warganet

A
A
A

PERKONGSIAN Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial Facebook tentang 'pintu depan' mengundang tanda tanya dalam kalangan warganet.

Status tersebut dimuatnaik bersama sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang menutup pintu pejabat.

Hantaran Facebook bekas peguam lulusan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya yang disertakan bersama kapsyen tergantung nampaknya mengundang teka-teki.

“Saya dah tutup pintu depan tapi ....................," katanya disertai emoji sedih.

Walaupun hantarannya tidak merujuk kepada mana-mana pihak, menerusi ruangan komen netizen menyifatkan kata-kata itu penuh tersirat.

“Terima kasih atas usaha tuan. Bukan mudah menyandang posisi sebegini dalam keadaan semua menumpukan kepada beliau,” kata pengguna Facebook Shukor Said.

“Terlihat kepenatan pada wajah beliau. Semoga semua kita dilindungi. Ya ALLAH angkatlah Covid-19 ini jauh-jauh dari bumi Malaysia,” kata pengguna Facebook Acik Za.

“YB Dato tolong pantau dan ambil tindakan. Kerajaan umum lockdown tapi kenapa ada yang masih beroperasi. Mohon perjelaskan isu ini. Kalau tidak sia-sia sahaja kita berusaha untuk melandaikan kes,” kata pengguna Facebook Abdul Muhaimin Abu. Bakar

“Kalau gini gayanya, makin lambat lah murid-murid dapat belajar secara bersemuka. Kasihan anak-anak kita,” kata pengguna Facebook Mohamad Hakim.

 

 

“Maksud sini, YB Menteri suddah berusaha sebaik mungkin untuk bendung penularan Covid-19, tapi ada sahaja pintu belakang dibuka. Lihatlah sektor ekonomi. Asalnya semua tutup, tapi entah macam mana ada yang buka. salah siapa?” kata pengguna Facebook James Newton.

“Tak apa Datuk usaha lagi untuk bersuara. Jika Datuk melakukan dengan betul Insha ALLAH rakyat juga akan turut bersama Datuk. Datuk harus teruskan bersuara agak menteri yang lain tu dengar masalah yang berlaku.

"Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown kali ni umpama tiada erti pada rakyat. Fikir-fikirkan lah Datuk. Jangan biar kan diri Datuk dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa,“ kata pengguna Facebook Asnirul Fitri Tukimam.

Semalam, beliau juga turut memuatnaik video tinjauannya di sekitar ibu negara. Dalam video berkenaan, beliau dilihat berkain pelikat dan memandu sendiri.

“Saya sungguh terharu.

“Sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kotaraya malam tadi. Saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama untuk terus #stayhome.

“Juga, berhenti singgah di sekatan jalan raya bertanyakan khabar kepada 'frontliner'.. Insya-ALLAH, kita fight together guys,” tulis beliau di Facebook.

Direkodkan, Ismail Sabri menyandang jawatan sebagai Menteri Kanan Keselamatan sejak 9 Mac 2020 dan bekerja keras tatkala negara dilanda pandemik.

Beliau juga menjadi 'wajah kesayangan' rakyat Malaysia tambahan pula acap kali bergandingan bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membentangkan laporan mengenai Covid-19.

Semoga dipermudahkan urusan para pemimpin negara dalam melalui saat-saat genting ini. Diharapkan usaha kita dalam mematuhi total lockdown ini tidak sia-sia.

Sumber: FB Ismail Sabri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca