Serang si kecil bawah 6 tahun, bahaya penyakit HFMD, ini ibu bapa wajib tahu

A
A
A

UMUM maklum bahawa kini sedang diperkatakan tentang Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Hepatitis Akut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, HFMD secara majoriti menjangkiti kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu dengan 21,508 kes, diikuti 729 kes melibatkan kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dan selebihnya berlaku dalam lingkungan umur lebih 12 tahun.

Sehingga Minggu Epid (ME) 17/2022, sebanyak 22,463 kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) telah dilaporkan di Malaysia, peningkatan 12.8 kali ganda berbanding pada ME yang sama tahun 2021.

Ujar beliau, sebanyak 767 wabak HFMD dilaporkan tertinggi berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Perak.

Penyakit HFMD disebabkan oleh Enterovirus yang merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Jangkitan EV71 boleh menyebabkan kompilasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

Berikut tanda-tanda dan rawatan awal boleh diberikan kepada anak yang dijangkiti;

Tanda-tanda;

  • Demam
  • Ruam di mulut, tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Sakit Tekak
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Rawatan;

  • Beri paracetamol untuk kawal demam
  • Pastikan anak minum dengan cukup
  • Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera.

Baca juga Sikap semberono orang lain, bayi jatuh sakit, 7 perkara ibu bapa perlu peka

Serang bayi usia bawah 6 bulan, bahaya penyakit HFMD. Ini ibu bapa wajib tahu Gambar FB Salmah Harun

Ibu-bapa perlu memberikan penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan lima amalan ini bagi mencegah dan mengawal jangkitan HFMD;

1. Penjagaan kebersihan diri.

2. Amalan cuci tangan yang betul.

3. Penjagaan kebersihan.

4. Pemeriksaan/ saringan di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah dan sekolah.

5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan yang tercemar.

Selain itu, ini langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko anak-anak kecil dijangkiti HFDM;

1. Jangan hantar anak yang bergejala ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika dan sekolah.

2. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.

3. Kekalkan kebersihan di rumah, pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah serta persekitarannya.

4. Bawa anak-anak mendapatkan rawatan jika mereka menunjukkan gejala.

5. Tidak membawa anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai orang.

6. Cuci semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi dan lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari.

7. Jangan berkongsi baranga peribadi.

8. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

Mencuci tangan adalah kunci utama pencegahan penyakit berjangkit seperti Covid-19, influenza, cirit-birit dan HFMD.

Oleh itu, amalkan kebersihan tangan yang kerap dengan menggunakan air dan sabun.

SOP

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil mengambil cakna terhadap sebarang risiko jangkitan.

Ingat! Kanak-kanak yang dijangkiti perlu dibawa ke klinik untuk rawatan.

Awas dan ambil tindakan berjaga-jaga bagi mengurangi risiko jangkitan HFMD kepada anak kecil.

KKM juga ada memaklumkan, kini pihaknya telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera bagi kes penyakit berjangkit di kawasan sekitar;

  • Penyakit Covid-19
  • Anjing Gila (Rabies)
  • Demam Campak (Measles)
  • Denggi
  • Kaki, Tangan & Mulut (HFMD)

Ciri tersebut dapat membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit.

Semoga masyarakat dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

Jadi, kemaskini sekarang aplikasi MySejahtera!

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca