Suai kenal, sesi interaksi pada minggu pertama buka sekolah, ibu bapa setuju pembaharuan KPM

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka
A
A
A

Suai kenal, sesi interaksi pada minggu pertama buka sekolah, ibu bapa setuju pembaharuan KPM

KURANG seminggu sahaja lagi, sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024 akan bermula.

Pada masa ini sudah pastinya ibu ayah sedang sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tiada kelas akademik akan dijalankan pada minggu pertama.

Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, berikut info berkaitan;

1. Minggu pertama sesi persekolahan pada minggu depan tidak melibatkan sebarang kelas akademik.

2. Pada minggu itu akan diadakan suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru terlebih dahulu.

3. Pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik) juga akan digunakan, biar mereka baik dahulu baru cerdik.

4. KPM faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak.

Baca juga Anak lahir 2018, 2019 dan 2020 boleh mohon prasekolah KPM bermula 1 Mac, 10 info ibu-ibu perlu tahu

Gambar hiasan

5. Ia dilaksanakan bagi mengelakkan tekanan kepada pelajar baharu terutamanya mereka yang baharu menjejak kaki ke alam persekolahan.

6. Awal persekolahan mesti anak-anak akan meragam, ibu bapa juga mesti akan merasai tekanan tersebut. Jadi KPM beri ruang kepada ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekolah bersama anak-anak mereka, bagi mereka (anak-anak) selesa dahulu.

Perkara tersebut ternyata mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa. Rata-ratanya sangat setuju dengan pendekatan KPM laksanakan.

Ujar mereka;

"Alhamdulillah moga terus ada perubahan yang baik dalam sistem pendidikan. Biar belajar ni seronok bukan paksaan."

"Sangat suka dan setuju. Bolehlah anak-anak merasa pula pengalaman mak dia bersekolah zaman 80-an dulu. Santai-santai... Bagi kebanyakkan parents first day tu adalah antara memori yang paling nak simpan. Anak-anak pula ada berbagai perasaan, gementar, seronok dan sebagainya. Moga ia berterusan pada masa akan datang."

Baca juga Musim cuti sekolah buatlah anak seronok, ini idea aktiviti mudah & menarik ibu bapa bersama anak

"Mesti anak-anak seronok ke sekolah minggu depan. Anak saya form 1, baru tukar sekolah. Minggu yang penting untuk sesuaikan diri."

"Tiba tiba rasa macam seronok je nak hantar anak ke sekolah. Awal-awal masuk sekolah risau dengan anak-anak sebab tiba-tiba kena ikut peraturan sekolah. Kalau seminggu dengan aktiviti macam ni, bukan budak-budak je seronok. Mak ayah pon seronok sebab awal-awal expectation anak ke sekolah dah happy dengan kawan-kawan."

"Tumpang bahagia baca cerita begini, semoga anak-anak makin cinta dengan sekolah dan para guru lebih bahagia untuk mengajar."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca