Taip alamat web rasmi, Maybank dedah penipuan laman perbankan palsu
TAIP alamat web rasmi bank untuk membuat sebarang transaksi perbankan.
Bagi mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan bank secara online, adalah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati.
Ini kerana scammer yang cuba mengambil kesempatan untuk merembat wang dalam akaun bank dengan pelbagai helah dan tipu daya sentiasa ada.
Terbaharu, Malayan Banking Berhad (Maybank) memaklumkan platform perbankan dalam taliannya terlibat sindiket penipuan mencipta laman perbankan palsu untuk mencuri nama pengguna dan kata laluan mangsa-mangsa penipuan.
Oleh itu, Maybank menerusi laman Facebook miliknya, menyeru orang ramai agar menaip alamat web rasmi Maybank untuk membuat sebarang transaksi.
Melalui perkongsian itu, Maybank berkongsi jika pengguna terlihat mana-mana tanda amaran seperti di bawah, JANGAN teruskan untuk log masuk!
Baca juga Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer
1. Jangan log masuk sekiranya nama pengguna dan kata laluan di paparan yang sama.
Laman web Maybank2u yang asmi akan sentiasa menunjukkan frasa dan imej sekuriti anda sebelum meminta anda memasukkan kata laluan.
2. Jangan masukkan kata laluan anda sekiranya frasa dan imej sekuriti adalah bukan milik anda.
Ini adalah sekuriti tambahan untuk membantu anda melindungi kata laluan anda.
3. Jangan log masuk sekiranya frasa dan imej sekuriti anda tidak boleh dipaparkan.
Ini adalah cara penipuan yang sering digunakan untuk menipu mangsa dan mendapatkan kata laluan mereka.
4. Jangan klip atau tap jika alamat laman sesawang mencurigakan.
Untuk keselamatan akauan, pastikan anda sentiasa menaip alamat laman web rasmi Maybank dengan penuh iaitu https://www.maybank2u.com.my.
Turut diingat, Maybak tidak pernah sesekali menghantar SMS, Emel atau Whatsapp bersama-sama pautan yang meminta pengguna untuk kemaskini maklumat akaun Maybank2u.
Jika butiran perbankan anda telah dikompromi, sila hubungi Fraud Hotline Maybank dengan segera di 03-58914744. Sebarang butiran lanjut boleh ke website maybank.my.
Sentiasalah berwaspada dan kongsikan maklumat ini dengan keluarga dan rakan anda supaya lebih berhati-hati.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang