Tersalah buka puasa kerana azan di radio, batal, perlu diganti

A
A
A

ALHAMDULILLAH! Semalam, seluruh umat Islam telah mula berpuasa sempena bulan Ramadan.

Ia disambut meriah memandangkan negara kini memasuki fasa endemik dalam pengurusan Covid-19.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Rakyat bebas pulang ke kampung halaman untuk berpuasa bersama keluarga tercinta.

Namun, satu kejadian di luar kawalan berlaku di Tawau, Sabah pada hari pertama puasa apabila seorang penyampai stesen radio tersalah menyiarkan azan Maghrib awal dari waktunya.

Pun begitu, penyampai radio tersebut telah tampil memohon maaf berikutan kesilapannya menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal di daerah tersebut.

Baca juga Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli

Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan Maghrib iaitu pada pukul 6.16 petang dan pukul 6.20 petang.

"Saya, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu sudah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar pukul 6.16 petang dan yang kedua pukul 6.20 petang.

"Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 petang dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja berbuka puasa awal dari waktu," tulisnya.

Tersalah buka puasa kerana azan di radio, batal, perlu diganti

Sehubungan itu, dia secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.

Baca juga Jumpa wang di tepi jalan, ambil atau biarkan. Ini penjelasan Dr Zulkifli

Sementara itu, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan tidak sah dan batal puasa inidividu dalam keadaan berkenaan.

Menerusi perkongsian Dr Zulkifli dalam tulisan maktabalbakri.com, golongan yang tersalah berbuka puasa kerana azan di radio perlu diganti.

"Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam.

"Wajib diqhada' semula menurut jumhur ulama," tegas beliau.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca