Tip mudah pekatkan kuah masakan dengan hanya gunakan beras, rasa pun padu. Ibu kena cuba

A
A
A

Tip mudah pekatkan kuah masakan dengan hanya gunakan beras, rasa pun padu. Ibu kena cuba

BERAS bukan hanya menjadi nasi, pasti ramai tak mengetahui ia juga boleh digunakan di dalam masakan sebagai bahan untuk memekatkan kuah.

Tip memekatkan kuah makanan ini dikongsikan oleh Puan Myss Deen.

Kongsinya, tip tersebut diperolehi dari para penduduk tempatan hasil dari pengembaraannya di merata tempat.

Terdapat tiga cara penggunaan beras yang boleh digunakan untuk memekatkan kuah makanan.

Malah, ia juga boleh digunakan untuk kecantikan wajah.

Cuba juga Soto ayam simple tapi power! Ini rahsia buat kuah pekat, likat & sedap

 

TIP MEMEKATKAN KUAH MAKANAN

Berkongsi ilmu dan pengalaman. Cara yang digunakan oleh banyak negara dan kaum (tetapi orang Melayu saya tak pasti) di dalam masakan bagi tujuan memekatkan kuah makanan serta boleh menjadikan makanan mempunyai rasa yang istimewa.

Cara ini digunakan untuk masakan homemade dan catering atau restoran.

Sedikit contoh antara masakan yang boleh digunakan (kegunaannya meluas dan berbagai jenis makanan):

  • Kari
  • Sup
  • Stew
  • Tomyam
  • Masakan Korea, Jepun, China, dan lain-lain

Tip: Beras perang dan beras basmathi tidak berapa sesuai digunakan mengikut pengalaman.

CARA 1

Caranya;

1. Beras (saya guna beras sushi kebiasaannya atau beras Siam wangi) digoreng tanpa minyak sehingga ringan tetapi jangan bertukar kuning.

2. Kemudian dikisar atau tumbuk hingga halus.

3. Masukkan satu sudu makan atau mengikut kuantiti yang bersesuaian ke dalam makanan berkuah selepas memasukkan cecair.

4. Setelah itu, biar ia mendidih dan masak seperti biasa.

Cuba juga Tip masak nasi lemak guna santan kotak, biar santan mendidih baru masuk beras & letak minyak masak

CARA 2

Hasil beras yang sudah digoreng dan ditumbuk halus dan sedia untuk digunakan.

Serbuk ini juga boleh dicampurkan ke dalam pembuatan rempah seperti rempah kari, kurma, garam masala, sup dan lain-lain.

Kalau rajin jadikan masker pun boleh.

CARA 3

Caranya;

1. Air bilasan air beras yang kedua. Apabila mencuci beras buang air yang pertama. Bilasan yang ke dua jangan letak air terlalu banyak untuk dapat hasil yang sesuai dan agak pekat.

Baca juga Kekal cantik walau usia sudah 50-an, pelakon Laila Nasir dedah rajin amal masker putih telur, madu & jus pegaga!

2. Letak air paras lebih sedikit dari beras dan digaul banyak kali. Kemudian tadahlah atau ambil air bilasan itu.

3. Boleh disimpan di dalam chiller hingga tiga hari atau terus digunakan (jika terlalu lama bimbang basi).

Moga membawa kebaikan kepada kita. Selamat mencuba!

Sumber: Myss Deen via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca