Tip penjagaan sofa kulit

No Image Caption
A
A
A

SOFA kulit merupakan sofa yang sangat diminati ramai kerana ia nampak lebih elegan, eksklusif dan mahal.

Sofa kulit sememangnya mahal kerana mutu kulit yang baik, tahan lama, bernilai walaupun bertahun tahun lama ianya digunakan.

Maka, tak hairanlah ramai yang sukakan sofa kulit untuk menghiasi ruang tamu rumah.

Namun, ada beberapa perkara yang anda harus berikan perhatian dari segi penjagaan sofa kulit agar ia lebih tahan lama.

Jika tidak dijaga dengan baik, sofa akan mempunyai masalah seperti permukaan kulit akan menjadi pudar dan kualiti kulit akan menjadi keras sehingga membuatkan anda jadi tak selesa nak duduk.

Berikut antara tip penjagaan sofa kulit yang berguna.

1.Pendedahan cahaya

Elakkan sofa kulit di ruang tamu daripada terkena sinaran cahaya matahari secara langsung.

Ini boleh membuatkan sofa tersebut hilang keaslian warnanya dan menjadikannya retak dan pecah dengan mudah. Anda perlu tahu sofa kulit di rumah adalah berbeza dengan kulit yang digunakan di dalam kereta.

2. Penggunaan leather care kimia

Hindari membersihkan sofa dengan menggunakan pembersih yang mengandungi bahan kimia seperti bahan peluntur kerana ia boleh menjejaskan warna dan permukaan sofa boleh menjadi berkerutu.

3.Pembersihan

Sofa kulit yang sering dibersihkan secara kerap dan teratur akan membuatkan sofa kulit lebih tahan lama dan kelihatan menarik.

Kaedah termudah untuk penjagaan sofa kulit adalah dengan mengelap sofa dengan kain lembab bagi menghilangkan habuk dan kotoran.

4.Rawatan

Sofa kulit memerlukan rawatan untuk mengelakkan bahan kulit daripada kerosakan dan berubah warna yang kebiasannya disebabkan oleh pancaran matahari, haba yang berpanjangan dan udara yang berhabuk.

Seeloknya, setiap tiga bulan sekali, cuci permukaan sofa dengan span yang dilembabkan dengan menggunakan air suam serta diisi sedikit sabun.

Pastikan sabun tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Lapkan pada sofa dan biarkan kering seketika, kemudian barulah dilapkan dengan kain bersih yang kering.

Leather conditioner juga membantu melembutkan kulit. Lama kelamaan sofa kulit akan menjadi kering dan keras sekiranya tidak disapukan dengan bahan pelembutnya.

Selepas sapu, gunakan kain bersih kering dan lapkan sekali lagi ke seluruh permukaan kulit.

Mungkin ramai yang akan mengeluh kerana kerja-kerja tambahan dalam penjagaan sofa kulit ini.

Kalau nak sesuatu itu untuk sentiasa kekal cantik dan menarik, haruslah kita berusaha untuk menjaganya. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca