Tip untuk tentukan telur masih elok atau tidak
ADA sesetengah telur akan ada tarikh luput pada bungkusan. Ada yang tak ada. Tapi kalau dah susun elok dalam peti ais, kita sendiri pun dah tak tahu bila tarikh luputnya. Jadi nak tahu elok atau tidak, kena pecahkan dulu baru tahu.
Tapi macam mana nak tahu tanpa pecahkan telur tersebut? Jangan risau, ada cara mudah boleh tolong anda macam mana nak tahu telur tu masih elok atau tidak.
1. Periksa kulit telur
Periksa di sekeliling kulit telur bagi memastikan tiada sebarang keretakan. Jika sudah ada kesan retak, berkemungkinan telur tersebut sudah busuk kerana bahagian dalam sudah tidak terlindung oleh kulit. Tekstur telur yang baik juga dapat ditentukan dengan permukaan yang sedikit kasar seperti butiran halus pasir.
2. Rendam telur ke dalam air
Cara ini dilakukan bagi melihat kuantiti udara yang terbentuk dalam telur. Telur yang rosak akan tenggelam kerana perbentukan udara yang semakin banyak. Berbeza dengan telur elok yang masih dalam posisi di dasar cawan kerana di bahagian dalamnya masih padat.
3. Goncangkan telur
Telur yang masih elok apabila digoncang tidak akan berbunyi seperti kocakan di dalamnya kerana masih padat berbanding dengan telur rosak. Ini kerana putih telur yang elok masih padat, berbeza dengan telur yang sudah rosak.
4. Warna kuning telur
Warna kuning telur yang masih elok lebih terang dan masih terbentuk elok apabila dipecahkan. Berbeza dengan telur rosak, warna kuningnya lebih pucat dan menjadi ‘pecah’ selain daripada warna putihnya yang tidak likat seperti biasa.
Tip: Rahsia untuk telur tahan lama, anda perlu terus simpan telur yang dibeli ke dalam peti sejuk. Tidak perlu membasuh kulitnya terlebih dahulu sebelum menyimpan. Jika ingin gunakan telur tersebut baru anda bersihkan kulitnya dengan air bersih. Semoga bermanfaat!
PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang