Tular foto harga telur cecah RM18.90 sepapan, cetus kecaman warga maya
HIDANGAN telur biasanya juadah yang selalu menjadi kegemaran ramai. Memasak telur sangat mudah, praktis, dan pantas.
Telur juga merupakan bahan makanan yang paling popular mudah didapati di pasaran kerana ia paling senang dimasak dan pada masa sama dijual pada harga yang murah.
Namun sejak beberapa minggu ini bekalan telur di beberapa tempat dilaporkan kehabisan seterusnya mengundang resah ramai.
Seperti yang terjadi di Terengganu, masalah bekalan telur tidak mencukupi di negeri itu berlarutan sejak sebulan lalu dan memberi tekanan kepada peniaga serta pengguna.
Baca juga Pelik tengok kuning telur ada pelbagai tona warna, selamatkah untuk dimakan? Ikuti penjelasan pakar
Pun begitu, hari ini tular pula sekeping foto di media sosial menunjukkan harga bahan mentah itu yang mengejutkan ramai sehingga mencecah RM18.90 sepapan.
Walaupun itu harga kategori Omega, dilihat harga telur biasa juga mengalami kenaikan sehingga RM16.90.
Walau bagaimanapun, lokasi berkenaan tidak dapat dipastikan.
Rata-rata warga maya mengecam kenaikan harga tersebut memandangkan telur menjadi makanan asas sesebuah keluarga sekali gus memberikan impak kepada perbelanjaan barang dapur.
Ujar mereka;"Nak makan ayam dah mahal, ikan lagilah mahal, sotong udang jangan pandang, sardin pun mahal, makan telur je la... aik telur pun mahal. Pasni target tempe plak la."
"Dulu kalau tengah sesak, sardin tin je la yang mampu. Lepas tu harga sardin mak ai nauzubillah mahal. Sekarang telor pulak..."
"Jadi penguna bijak belanja yang perlu sahaja, telur mahal tak payah beli untuk sebulan, tentu turun harga sebab telur ni pon bukan tahan lama manapon bila tak ada orang beli harga dia akan turun."
Baca juga Ayam, telur naik harga, 10 makanan ini tinggi protein, murah lagi 'awesome'
"Teruknya mahal nak mampus banyak tempat tak ada telur, tempat yang ada mahal teruk, apa ingat kita petik duit kat pokok ke?"
"Sekarang nak dapat gred A bukan main susah, gred C pun paling murah RM12 sepapan."
"Kerajaan kata pengusaha salah, pengusaha cakap dedak mahal, kilang dedak beritahu jagung import harga naik , last sekali, rakyat yang kalah."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang