Urusan PTPTN lebih mudah, 5 cara boleh dihubungi tanpa perlu hadir kaunter

Urusan PTPTN lebih mudah, 5 cara boleh dihubungi tanpa perlu hadir kaunter
Urusan PTPTN lebih mudah, 5 cara boleh dihubungi tanpa perlu hadir kaunter
A
A
A

BAGI korang yang mempunyai persoalan mengenai bayaran balik pinjaman, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyediakan lima kategori petugas barisan hadapan yang boleh dihubungi peminjam untuk berurusan tanpa perlu hadir ke kaunter.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, lima kategori tersebut adalah ‘Careliners’, ‘Live Chat Agent’, Pegawai e-Aduan, Eksekutif Pemasaran serta Pegawai Media Sosial.

Kata beliau, dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2, kaunter PTPTN beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari manakala hanya satu kaunter dibuka di setiap cawangan dengan seorang pegawai bertugas terhad kepada 16 pelanggan.

Ujarnya, peminjam yang berhasrat untuk berurusan secara bersemuka perlu membuat janji temu secara dalam talian selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh berurusan.

Ujar Ahmad Dasuki lanjut, PTPTN telah memantapkan kemudahan dengan memperkenalkan kemudahan e-JanjiTemu. Peminjam perlu melayari portal rasmi PTPTN dan klik pada ruangan e-Perkhidmatan serta melengkapkan maklumat yang dikehendaki seterusnya membuat pengesahan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurutnya, diharapkan peminjam boleh manfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak PTPTN.

ptptn

Selain itu, PTPTN sangat menghargai dan mengalu-alukan kerjasama dan sokongan peminjam untuk berurusan dengan pihaknya.

Menerusi #PTPTNSediaBantu, PTPTN telah menyediakan barisan hadapan yang sentiasa cakna dan mesra untuk membantu peminjam dalam menyelesaikan urusan berkaitan bayaran balik pinjaman.

1. ‘Careliners’

Peminjam boleh menghubungi di talian 03-2193 3000.

2. ‘Live Chat Agent’

Peminjam hanya perlu klik pada ikon ‘Live Chat’ di portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my

Baca juga 10 fakta ringkas majlis istiadat angkat sumpah Kabinet Malaysia 2021, 31 Menteri, 37 Timbalan Menteri

4. Peminjam juga boleh membuat aduan atau pertanyaan ke saluran e-Aduan melalui portal rasmi PTPTN. (https://eaduan.ptptn.gov.my/).

Peminjam juga boleh menghubungi seramai 444 Eksekutif Pemasaran PTPTN di seluruh negara melalui nombor telefon bimbit yang terdapat di portal rasmi PTPTN.

5. Orang ramai boleh berurusan melalui media sosial rasmi PTPTN iaitu Facebook PTPTN, InstaPTPTN serta TwitPTPTN.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca