Wanita kongsi tip hadir temu duga SPA, boleh praktik panduan 'pasti lulus' ini
TEMU duga, ya lagi-lagi temu duga. Selagi tidak memperoleh kerja yang memenuhi kehendak, itulah proses yang kita perlu tempuh.
Zaman serba mencabar ini, persaingan untuk mendapatkan kerja sangat sengit.
Kepada anda yang dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga tidak kira dalam sektor swasta ataupun kerajaan, pastinya ingin buat yang terbaik kan?
Masa temu dugalah perlu dibuktikan kita layak untuk dapatkan jawatan yang ditawarkan itu, tambahan pula jika itu merupakan pekerjaan yang anda idam-idamkan selama ini.
Ada di antara kita yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan seminggu atau tiga hari sebelum temu duga.
Tak kurang juga yang ingin berhijrah dari tempat kerja lama ke tempat kerja baru dengan niat untuk membantu keluarga dan mempunyai kewangan yang lebih stabil.
Jadi, sebagai persediaan berjaya dalam temu duga, perkongsian wanita ini sangat membantu.
Menerusi Facebook Dyg Fatin Najwa, dia berkongsi tip temu duganya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mana sangat bermanfaat untuk jadikan panduan.
BERJAYA TEMU DUGA SPA!
24/1/2022
Tarikh keluar keputusan temu duga Pegawai Perhubungan Perusahaan S41. Alhamdulillah syukur pada ALLAH keputusan temu duga aku berjaya!
Ada yang tanya apa tip berjaya? Aku tidak ada tip sangat jadi aku kongsikan pengalaman aku semoga dapat memberi manfaat buat yang masih berjuang.
- Exam: 2/7/2021
- Keputusan exam: 15/7/2021
- Pengumuman jadual temu duga: 8/11/2021
- Tarikh temu duga: 15/11/2021
- Keputusan temu duga: 24/1/2022
PERSEDIAAN SEBELUM TEMU DUGA
1. Kuasai pengetahuan asas tentang jawatan
Penting guys! Fahami fungsi jawatan tersebut jangan hanya hafal diskripsi tugas. Beza hanya menghafal dengan yang faham. Kalau kita faham kita akan jawab dengan lebih yakin mengunakan ayat kita sendiri sekiranya ditanya dan mudah untuk kita kaitkan fungsinya dengan pengalaman kerja kita.
Ulang kaji pasal kementerian yang berkaitan serta jabatan-jabatan dibawahnya. Semua ni ada di portal kementerian, google sahaja. Selain itu, isu semasa berkaitan kementerian dan jawatan, badan antarabangsa yang berperanan dan berkaitan.
2. Mock Interview (Temu duga Olok-olok)
Sangat membantu melancarkan percakapan kita semasa temu duga sebenar dan mengurangkan gemuruh kita nanti. Ajak lah kawan, adik beradik kalian buat 'mock iv'. 'Introduction' bagi saya kena 'perfect' ini adalah soalan cepumas soalan wajib! Jadi practik betul-betul susun ayat cantik-cantik.
3. Tip 'interview' SPA di YouTube
Yang ini aku sarankan kalian tengok video-video 'sharing tip SPA channel SuperMatt Sharing'. Beliau merupakan panel penemu duga SPA yang berpengalaman jadi dia tahu apa 'expectation' penemu duga.
4. Join grup Telegram & WhatsApp
Yang ni aku tahu ramai akan buat cuma ada juga yang jenis 'ignorant'. Jangan jadi macam tu guys. Joinlah grup yang ada. Kalau tak ada yang buat grup, bersikap proaktif untuk cipta grup. Belajarlah sama-sama calon lain.
Baca juga Wakilkan emak pergi temu duga, banyak ragam anak muda
PERSEDIAAN HARI TEMU DUGA
1. Susunan Fail
Tip penyusunan fail ini aku ikut tip daripada perkongsian FB AKMAL ROZMAN. Susunan memang kemas dan sedap mata memandang. Cuma yang aku tambah pada bahagian penyelidikan. Aku letak journal fyp aku sebab dalam sistem myresume nanti akan ada bahagian penyelidikan jadi aku decided letak juga dalam fail.
Bawa dokumen asal kecuali IC parents bawa salinan berwarna. Resume perlu ke? Bagi aku sediakan saja. Buatlah usaha lebih walaupun dia tak cakap kena sediakan.
2. Pemakaian
Pakaian formal bagi perempuan baju kurung atau kemeja dengan blazer atau skirt, lelaki kemeja dan blazer. Kasut hitam bertutup. Jawatan Gred 41 kena ada nametag. Make up sikit walaupun pakai mask nanti dalam bilik iv kita buka mask jadi jangan datang dengan muka pucat ya.
3. Datang awal 30 minit
Ya datang awal dan breakfast atau lunch dulu sebelum itu agar anda tidak gemuruh dan tidak tentu arah nanti.
SEMASA DI BILIK TEMU DUGA
1. Ketuk bilik masuk bagi salam.
2. Serahkan fail kepada panel.
3. Duduk kaki lurus kebawah tak perlu silang.
4. Tenang dan berikan senyuman.
5. Boleh bawa beg? boleh nanti letak atas table tea tepi kita nanti.
6. Matikan telefon.
7. Setiap mula menjawab aku akan ucap 'terima kasih atas soalan tersebut/ thank you for the question'.
8. Habis interview sebelum keluar ucaplah terima kasih.
Baca juga Elak kasut tapak rata, fesyen ekstravaganza ketika hadir temu duga. Ikuti tip ini…
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Jangan sedih kalau masih belum berjaya. Yakin ALLAH dah tetapkan rezeki kita masing-masing walau di mana kita berada.
Sumber: Facebook Dyg Fatin Najwa
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang