Kongsi gambar di media sosial, PUBG Mobile tawar hadiah 100,000 UC
TIDAK dinafikan apabila sebut sahaja tentang permainan video, minda khalayak labih terarah kepada golongan muda seperti kanak-kanak dan remaja.
Ironinya, permainan video itu tidak mengira peringkat usia, bahkan individu lingkungan umur 50 tahun dan ke atas turut berminat dengan perkara itu.
Melihat kepada obsesi itu, permainan video, PUBG Mobile yang bukan sahaja menjadi kegilaan ramai pada masa kini, tetapi turut menawarkan peluang untuk memenangi hadiah menarik dalam PUBG Mobile sekali gus meraikan kedatangan tahun baru.
Baca juga:Sedang mencari telefon harga bajet ini 5 senarai terbaik harga bawah RM500
Menerusi acara yang berlangsung di tiga pusat beli belah iaitu IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid bermula 30 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 itu turut menyaksikan beberapa pemain permainan video popular.
Antara yang terlihat seperti Firdaus Hashim (MasterRamen) Fattah Zakaria (FattahZie Gaming), Azrul Anwar (J Hunter), Shera Ahmad (Raasuzuran) dan Jaja Zuber.
"Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti berpeluang bertentang mata dengan pemain video popular, pertunjukan flash mob karakter PUBG dan adi wira Spiderman," kata wakil PUBG Malaysia dalam satu kenyataan akhbar.
Pada masa sama, peminat turut berpeluang untuk memenangi 100,000 UC dengan cara memuat naik gambar itu ke laman sosial Instagram atau Facebook dan menggunakan hashtag rasmi #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman.
Makanan ringan Taokaenoi edisi terhad PUBG Mobile turut dihadiahkan kepada semua peminat yang bergambar bersama watak-watak PUBG Mobile.
Kemeriahan tersebut turut diserikan dengan pelancaran rasmi pendaftaran kelayakan PUBG Mobile Pro League (PMPL) musim kelima memperlihatkan persaingan diantara tiga buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina buat pertama kali.
Bagaimanapun hanya barisan pemain yang memiliki rank Ace dan keatas mampu berebut peluang dalam PMPL musim ini. Acara tersebut dijadualkan berlangsung bermula 31 Disember 2021 hingga 9 Januari 2022 hadapan.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang