Sedang mencari telefon harga bajet? Ini 5 senarai terbaik harga bawah RM500

Dunia seorang isteri ialah suami, dunia suami telefon!
Dunia seorang isteri ialah suami, dunia suami telefon!
A
A
A

BAGI sesiapa yang sedang mencari telefon pintar atau mengalami kerosakan akibat bencana alam yang menimpa, ini info khas untuk korang.

Sebenarnya masih ada lagi telefon harga bawah RM500 tetapi tidaklah banyak pilihan berbanding telefon pada harga yang lebih tinggi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Telefon harga bawah RM500 ini telah dikelaskan dalam kelas bajet di mana lebih ramai lagi yang mampu untuk dapatkan telefon pada harga ini.

Telefon ini pastinya mensasarkan golongan yang kurang berkemampuan, pelajar atau mereka yang mahukan telefon kedua sebagai tambahan atas pelbagai urusan.

Ataupun ibu bapa yang sudah tua tetapi ingin berkomunikasi bersama anak-anak menggunakan Whatsapp dan video call. Rasanya kelas bajet ini amat cukup bagi mereka.

1. Realme C2

Telefon ini telah dikeluarkan pada pertengahan 2019.

Ia masih releven untuk dibeli dan digunakan. Telefon ini dijual secara rasmi di Malaysia dengan warna pilihan biru diamond dan hitam diamond.

  • Saiz skrin IPS 5.45" HD
  • Kamera 13 MP / 5 MP
  • Android 9.0
  • Chipset Snapdragon 439
  • RAM 2 / 3 GB
  • Memory 16 / 32 GB
  • Bateri 4000 mAh
  • Harga :RMRM399 - RM409

Baca juga Mampu bertahan 40 jam tanpa caj, Motorola e40 dan Edge 20 Pro lebih mengancam

2. Honor 8S

Honor juga merupakan syarikat dari China yang bersaing dalam arena teknologi terutamanya pada telefon bimbit.

Telefon ini sebenarnya masih baru di mana mula dijual pada Disember 2019. Ianya menawarkan 3 pilihan warna iaitu hitam, biru dan gold.

  • Saiz skrin IPS 5.71" HD+
  • Kamera 13 MP / 5 MP
  • Android 9.0
  • Chipset Mediatek Helio A22
  • RAM 2 / 3 GB
  • Memory 32 / 64 GB
  • Bateri 3020 mAh
  • Harga: RM399 - RM465

VIVO X60

3. Vivo Y11 (Recommended)

Vivo juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan telefon di dalam kelas bajet iaitu Vivo Y11.

Ia mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan tidaklah terlalu lama.

Masih boleh diterima dan diguna. Vivo Y11 hadir dengan dua pilihan warna iaitu merah coral dan hijau Jade.

Vivo Y11 mempunyai dua kamera di belakang berbeza dengan senarai yang lain. Pastinya memberikan kelebihan jika dibandingkan dengan telefon-telefon lain.

  • Saiz skrin 6.35-inch FullView Display
  • Kamera 13+2 MP / 8 MP
  • Android 9.0
  • Chipset Snapdragon 439
  • RAM 3 GB
  • Memory 32 GB
  • Bateri 5000 mAh
  • Harga: RM459- RM499

4. Xiaomi Redmi 8 (Recommended)

Kita pasti biasa dengar telefon daripada Xiaomi yang memfokuskan telefon dengan spesifikasi yang hebat dengan harga berpatutan.

Ia juga termasuk Redmi 8 ini. Ia telah mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan masih diperkatakan sehingga kini.

Redmi 8 juga mempunyai dua kamera di belakang sama seperti Vivo beserta kapasiti bateri yang agak besar dengan tanda harga bawah RM500.

Xiaomi Redmi 8 merupakan telefon yang dicadangkan terbaik pada tanda harga tersebut.

  • Saiz skrin IPS LCD 6.22" HD+
  • Kamera 12+2 MP / 8 MP
  • Android 9.0
  • Chipset Snapdragon 439
  • RAM 3 / 4 GB
  • Memory 32 / 64 GB
  • Bateri 5000 mAh
  • Harga : RM499

OPPO A16K

5. Oppo A5S

Seterusnya adalah telefon berjenama Oppo A5S. Oppo kini semakin lama sudah menampakkan kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan tajaan yang diberikan pada beberapa program di TV pastinya lebih ramai lagi lebih percaya dengan telefon keluaran Oppo terutamanya Oppo A5S ini.

Baca juga OPPO A16K lebih ringan dan stailo. Tiga ciri terbaik yang perlu diketahui sebelum membelinya

Oppo A5S masih lagi menerima pembelian daripada orang ramai. Telefon ini menawarkan empat variasi warna iaitu merah, hitam, gold dan hijau.

  • Saiz skrin IPS 6.2" HD
  • Kamera 13 MP / 2 MP
  • Android 8.1
  • Chipset Helio P35
  • RAM 2 / 3 / 4 GB
  • Memory 32 / 64 GB
  • Bateri 4230 mAh
  • Harga: RM499

Itulah antara lima senarai telefon harga bawah RM500 yang korang boleh dapatkan di pasaran untuk waktu ini.

Ia juga berdasarkan review daripada orang ramai dan juga fungsi yang masih baik dan tidak terlalu outdated berbanding yang lain.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca