5 soalan panas ditanya pada pagi raya, kena pandai jawab, elak makan hati

A
A
A

SETIAP kali raya, aktiviti berkunjung ke rumah saudara-mara antara acara wajib sebagai tanda kasih dan menghormati mereka yang lebih tua.

Pun begitu, kadang-kadang 'perjumpaan' tersebut boleh buat kita makan hati dengan soalan-soalan panas daripada 'mak cik bawang.'

Mungkin pertanyaan demi pertanyaan padu tersebut sekadar basa-basi untuk isi masa terluang tapi tukang yang menjawab itu pula sudah berpeluh panik.

Bukan apa, soalan yang ditanya kadang-kadang kalau dijawab takut dianggap biadap pula tapi hakikatnya ramai yang cuba berdiplomasi demi menjaga hati.

soalan panas raya SUMBER foto Freepik.

Berikut antara soalan paling win disebut-sebut mak cik bawang:

1. Bila lagi nak ada anak? Tambah zuriat?

Soalan ni memang ramai yang kena apatah lagi buat pengantin baharu atau sudah lama berkahwin.

soalan panas raya SUMBER foto PEXELS.

Bab anak memang susah nak jawab, lagi-lagi mereka yang menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata sendiri.

Itu belum lagi berdepan pelbagai dugaan termasuk keguguran dan sebagainya. Pendek kata, nak jawab pun kena hati-hati takut teremosi pula.

2. Sampai bila nak single? Menduda?

Kalau sudah cecah umur lebih 30 atau 40 tahun tapi tak kawin-kawin, memang soalan inilah akan ditanya nanti.

soalan panas raya SUMBER foto PEXELS.

Soal jodoh lambat ni mesti dikatakan kita memilih atau pentingkan kerja jer tapi realitinya kalau belum jodoh nak buat macam mana, kan?

Karang dijawab dengan jawapan: Boleh saya jadi madu mak cik? Nanti boleh jadi perang besar pula.

Baca juga 6 tip jawab soalan tentang kerjaya jika tetamu tanya ketika datang beraya.

3. Kenapa gemuk sangat ni?

Biasalah kalau bulan puasa, badan akan kurus sedikit sebab jaga makan, namun bagaimana pula kalau saiz membesar bagai juara?

Dah lama tak jumpa mesti mak cik atau pak cik tak ada modal nak tanya, bab berat badan pun jadilah.

soalan panas raya SUMBER foto Freepik.

Jadi, jangan sensitif sangat. Anggaplah mereka nak nasihat supaya rajin bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

4. Belajar bila nak habis?

Bagi adik-adik yang sedang belajar, mesti hal study antara yang menjadi usikan.

Belum habis lagi belajar lagi, sudah tanya nak kerja mana dan sebagainya. Siap nak offer kerja satu syarikat dengan anaknya.

soalan panas raya SUMBER foto PEXELS.

Janganlah tertekan, hidup sebagai student memang sibuk lagi-lagi jurusan berat. Sabarlah ya!

5. Kenapa jarang sangat nampak? Sibuk kerja sampai lupa kampung?

Jarang balik kampung disebabkan tuntutan kerja hakiki kadang-kadang tak boleh dielakkan.

Dapat pulang bercuti ketika musim perayaan seperti Aidilfitri kira bersyukurlah buat mereka yang bertugas sebagai pasukan beruniform.

soalan panas raya SUMBER foto PEXELS.

Kalau soalan di atas timbul, janganlah sentap. Sebab apa? Mungkin mak cik pak cik rindu nak jumpa kita.

Baca juga 7 soalan yang paling kerap ditanya pengguna Google tahun 2020. Memang tak berapa terkejut

Hari raya adalah masa yang ditunggu untuk mengharmonikan hubungan yang jauh di mata, dekat di hati.

Meskipun soalan bagaikan peluru berpandu datang tanpa henti, jawablah dengan hati terbuka dan anggaplah mereka prihatin dengan keadaan kita.

soalan panas raya SUMBER foto Freepik.

Jangan pula kalian bermasam muka bila ditanya pelbagai soalan panas itu nanti.

Moga Syawal yang mendatang memberikan keriangan dan kegembiraan buat semua.

Okey! Selamat pulang ke kampung.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca