Banglo di puncak bukit Shah Alam curi tumpuan, harga RM17 juta dan reka bentuk dalaman buat warganet terkesima

A
A
A

KEDIAMAN mewah di puncak bukit pastinya mencuri tumpuan dan menjadi perbualan orang ramai yang ingin mengetahui siapakah pemilik rumah berkenaan.

Lazimnya, desain kediaman sebegitu pasti menarik perhatian dan menggamit sesiapa sahaja untuk menjejakkan kaki ke sana.

Kepada mereka yang menetap di Shah Alam, Selangor, waima di luar daerah ini pun barangkali sudah mengetahi tentang kediaman high end yang cukup terkenal di Cendana Sejahtera, Seksyen 7.

Baru-baru ini, tular beberapa foto banglo tersergam indah di puncak bukit berkenaan yang telah dibuka untuk dibeli.

banglo seksyen 7 RM17 juta

Bukan sahaja harganya menjadi perhatian, malah reka bentuk dalaman yang luas juga membuatkan ramai teruja.

Koe Omc menerusi akaun Facebooknya mendedahkan bahawa harga banglo mewah terbabit dijual pada harga RM17 juta dan dikatakan setimpal dengan fasiliti yang disertakan.

Antaranya, keluasan tempat letak kereta di bawah tanah yang mampu memuatkan 12 kenderaan.

Baca juga Pemuda ini buat tawaran rumahnya dijadikan tempat kenduri kahwin secara percuma

banglo seksyen 7 RM17 juta

Selain itu, terdapat ruang khas membasuh kereta, dua buah bilik untuk pemandu dan juruteknik yang lengkap dengan bilik air.

KELUASAN

Menerusi hantaran itu juga, Koe Omc memaklumkan, tapak banglo berkonsepkan tropika moden itu berkeluasan 45,349 kaki persegi, manakala binaan kediaman seluas 22,628 kaki persegi.

Tidak hanya memiliki tujuh bilik tidur dan sembilan bilik air, kemudahan surau dengan seni bina cantik juga memang syok habis.

Baca juga [VIDEO] Suami tempah patung mendiang isteri untuk upacara masuk rumah baharu!

banglo seksyen 7 RM17 juta

Tulis Koe Omc lagi, kediaman tersebut memiliki empat tingkat dengan dua bahagian iaitu ruang famili dan tetamu yang dipisahkan dengan kolam renang yang dilengkapi kemudahan jakuzi pelbagai guna.

Foto yang dikongsikan sudah cukup menggambarkan betapa luasnya ruang makan, dapur basah dan kering, port lepak dan kawasan riadah.

Jangan risau untuk turun naik banglo berkenaan kerana kemudahan lif juga disediakan.

banglo seksyen 7 RM17 juta

Selain dikawal dengan rumah pengawal, pemilik rumah juga boleh bergerak bebas mengambil angin segar di puncak bukit dengan selamat.

Rata-rata komen yang ditinggalkan warganet menunjukkan mereka berminat untuk melihat rumah itu dengan lebih dekat.

Baca juga “Benda boleh jimat kenapa beli mahal.” Rumah flat persis apartmen mewah, wanita kongsi tip deko bajet

Tidak kurang juga yang pernah menjejakkan kaki ke sana berkongsi pengalaman dalam media sosial dengan nota kaki 'akhirnya berjaya masuk ke kawasan mewah ini'.

Ramai juga yang tertanya-tanya siapakah pemilik asal banglo tersebut?

banglo seksyen 7 RM17 juta

Keluasan garaj di basement membuatkan warganet teruja untuk simpan koleksi peribadi.

banglo seksyen 7 RM17 juta

Beli buat rumah tahfiz memang terbaik.

banglo seksyen 7 RM17 juta

Banyak juga komen lucu dan mencuit hati yang dikongsikan warganet mengenai banglo empat tingkat itu.

Pun begitu, bagi mereka yang mampu membelinya, apa salahnya kan?

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pelaburan hartanah memang menguntungkan apatah lagi harga semakin hari semakin tinggi.

Bayangkan rumah dua tingkat yang dibeli pada harga RM165,000 sudah mencecah hampir RM400,000 hanya dalam tempoh beberapa tahun saja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca