Bergambar dikelilingi senjata, ramai doakan Ebit di Favela di Rio De Janeiro
PENDAKWAH, Ebit Lew sememangnya terkenal dengan sifat pemurah membantu insan memerlukan.
Terkini, bapa kepada empat cahaya mata itu sedang dalam misi kemanusiaannya di kawasan Favela di Rio De Janeiro, Brazil.
Dalam catatan terbaharu di media sosialnya, Ebit menceritakan situasi di kawasan tersebut yang disifatkan sebuah kawasan setinggan yang bahaya dan senjata api bagaikan ‘permainan’ di kawasan itu.
"Fast Furious. Ingat cerita je. Rupanya di Rio ni memang kawasan Favela setinggan memang gaya hidup mereka macam ni.Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Senjata api ni biasa je di kawasan Favela. Tiada orang berani masuk. Memang bahaya. Masa turun misi dan lawatan terjumpa secara tak sengaja dengan anak muda ni semua di jalanan. Mereka ajak ambil gambar.
"Macam biasa janggut dan kopiah atau jubah mesti mereka akan hairan. Semua hairan. Dekat sini sepanjang saya jalan orang pandang. Di Rio ada 1 Masjid An Nur.
"Saya berkongsi sebab apa simpan janggut dan kopiah. Begitulah kadang masa makan orang tanya kenapa makan pakai tangan. Saya ceritalah tentang kasih sayang ALLAH dan Sunnah Nabi SAW," tulisnya.
Menurut Ebit, walau seram, berkat sunnah dan niat membantu orang susah, mereka menyambut dengan sangat baik.
"Ramai juga yang tiada agama berminat dan tanya pasal Islam. Kita hormati setiap agama dan bangsa. Kita sebuah keluarga. Saya ceritakan tentang Nabi SAW. Tadi seram. Mereka kata Malaysian Good. Tu jer mereka ulang-ulang."Nampak pada sebahagian wajah mereka nak belajar jadi baik dan berubah. Kita tak datang dalam dunia. ALLAH hantar kita untuk seluruh umat seluruh alam. Doakan jadi asbab kebaikan," katanya.
Perkongsian foto Ebit dikelilingi senjata itu ternyata mengundang kerisauan ramai dan warga maya mendoakan yang terbaik buatnya.
"Semoga ALLAH SWT sentiasa permudahkan urusan ustaz dan dilindungi di bawah Arasy-Nya.""Moga UEL sentiasa dalam lindungan ALLAH dan dipermudahkan segala urusan di sana. Gerun tengok environment sana."
"Allahuakbar. Jihad tak semestinya dengan senjata."
"Wow this is another level of dakwah. Congrats Ebit. May Allah bless us all."
"Seronok melihat ustaz menyebarkan kebaikan dan keamanan."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang