Momen pilu, pemuda ini tanam kaki ibu sebelah pusara bapa. 'Maaf ayah, Ewaan gagal jaga mak dengan baik...'

No Image Caption
A
A
A

DARI tanah kita datang, ke tanah juga kita kembali.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menyentuh hati semua apabila seorang anak lelaki menyambut ulang tahunnya yang ke-34 dengan cara yang tidak pernah dibayangkan.

Bukan dengan lilin atau hadiah, tetapi dengan pemergian sebahagian tubuh insan yang paling dicintainya.

Lelaki yang juga pemilik akaun @ewaankassim berkongsi bahawa pada 2 Februari lalu merupakan ulang tahun kelahirannya, namun takdir menentukan sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

Lebih memilukan, pada hari tersebut, beliau terpaksa menanam kaki ibunya yang terpaksa dipotong akibat komplikasi kencing manis.

"2 Februari 2025 adalah birthday aku.

"Hari ini juga aku semadikan sebahagian tubuh dari mak aku yang dipotong akibat penyakit kencing manis atau diabetes," tulisnya.

Sebelum melakukannya, Ewaan sempat berjumpa dengan imam masjid untuk mendapatkan panduan agar dapat menyemadikan kaki ibunya dengan cara yang betul dan mengikut tuntutan agama.

Imam turut menasihati beliau tentang kedalaman liang yang sesuai bagi mengelakkan gangguan haiwan buas.

"Jumpa imam dan AJK masjid, minta ajar cara yang betul untuk semadikan bahagian yang dipotong dan cara pengurusan yang betul untuk tanam tempat yang sepatutnya.

"Dalam masa yang sama, imam juga nasihatkan kedalaman yang sepatutnya untuk menanam anggota tu untuk mengelakkan dari diganggu haiwan yang tak sepatutnya," kongsinya.

Walaupun berat untuk melakukannya, pemuda itu akhirnya memutuskan untuk menanam kaki ibunya di sebelah kubur arwah ayahnya dan menganggap tempat yang paling dekat buat buah hati ibunya.

Dalam kesedihan itu, Ewaan berjanji untuk menjaga syurganya itu sebaik mungkin, seperti mana yang dilakukan oleh arwah ayahnya dahulu.

"Ayah Ewaan tumpang tanam kaki mak kat sini ye.

"Mintak maaf kerana gagal jaga mak dengan baik, mulai hari ini Ewaan akan buat yang terbaik macam ayah jaga mak dulu," pintanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang