Daripada langsung tak dikenali, jenama Baulu Panas Langkawi Amiera kini jadi rebutan. Ini rahsia bisnesnya

A
A
A

BAGAIKAN rezeki terpijak, bulan Ramadan dan Syawal antara tempoh paling mengujakan buat Amiera Najiha Ahmad.

Masakan tidak, air tangannya yang menggunakan jenama Tauke Baulu Inti mendapat sambutan hangat.

Memperkenalkan kudapan itu di pasaran sejak dua tahun lalu, produk wanita berusia 28 tahun itu semakin diminati ramai khususnya mereka yang mempunyai anak kecil.

Selain terkenal dengan baulu inti coklat cadbury, pilihan lain yang turut diburu ramai adalah seperti coklat nutella, strawberi dan blueberry.

Kepada SinarPlus, Amiera memberitahu, tempahan sepanjang bulan puasa dan raya memang banyak sehinggakan beliau tidak menang tangan.

Amiera baulu panas langkawi

"Saya memang buat baulu ini hanya dari rumah dan seorang diri. Bila banyak order memang kelam kabut, tapi alhamdulillah boleh settled semua kalau kita pandai uruskan masa.

"Lagi satu, setiap tempahan yang akan dihantar melalui penghantaran pos akan dipastikan sampai pada hari yang sama atau keesokkan harinya," katanya yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan.

Anak kedua daripada enam beradik itu akan memastikan setiap tempahan kuih adalah fresh supaya pelanggan happy nak makan.

Amiera baulu panas langkawi

"Sebab ibu saya ajar, setiap kuih yang kita buat mestilah tanpa bahan pengawet. Kalau sedap, mesti orang akan cari.

Baca juga Macam-macam resipi boleh dibuat dengan coklat Cadbury. Paling best ada Kuih Baulu Cadbury, memang kena cuba!

"Lagi satu, hati kena ikhlas nak berniaga supaya lebih berkat. Kuih yang kita buat pun kalau boleh dapat puaskan selera pelanggan," ujarnya.

KEMBANG WARISAN KELUARGA

Tatkala ditanya bagaimana saat mula membuat baulu tersebut, Amiera berkata, semua teknik masakan dipelajari sejak zaman sekolah rendah lagi.

Ini kerana keluarganya merupakan pengasas kepada label Baulu Panas Langkawi yang terkenal di pulau bebas cukai tersebut.

Amiera baulu panas langkawi

Bagaimanapun, selepas berkahwin dan mengikut suami ke negeri di selatan tanah air, beliau cuba mengembangkan lagi potensi sajian tradisi dengan wajah baharu.

Akui anak jati Langkawi itu lagi, cabaran untuk memperkenalkan produk baharu di pasaran online bukan mudah sebenarnya, apatah lagi orang belum kenal jenamanya.

Baca juga Minat mekap, tampil bergaya cetus Noorain Seman keluarkan produk kosmetik, suplemen

Kata Amiera, sambutan pada mulanya memang sendu, tapi beliau tak pernah berputus asa.

Amiera baulu panas langkawi

Dikit demi dikit wanita itu belajar teknik marketing dan rajin menghantar post dekat TikTok dan Instagram.

"Bila dapat order pertama tu, memang tak tergambar perasaan ini. Teruja, syukur, sebak pun ada. Alhamdulillah, ramai yang suka sebab ada inti. Lagi-lagi kalau pilih jenis coklat memang cepat habis.

Baca juga Daripada tak reti nak buat, bekas kerani ini masuk kelas kemahiran dan terus jadi tauke kek. Ini rahsianya

"Paling banyak saya dapat, 300 tempahan sehari. Alhamdulillah syukur dengan rezeki ALLAH beri buat kami sekeluarga," ceritanya yang merancang untuk memperbesarkan lagi kapasiti pengeluaran pada masa akan datang.

Amiera baulu panas langkawi

Meskipun baru dua tahun berniaga, namun kegigihan Amiera boleh dijadikan inspirasi kepada semua wanita di luar sana.

Bijak mencari wang dengan kemahiran diri iaitu memasak dan membikin kuih antara sumber mudah untuk menjana pendapatan keluarga.

Jadi, buat pembaca SinarPlus yang sedang mencari income baharu, bolehlah asah bakat dalam apa jua bidang. Paling penting kena rajin berusaha ya!

Insya-ALLAH kalian boleh berjaya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca