Dipandang hina kerana kerja cleaner, wanita ini buktikan berjaya habiskan pengajian di Universiti Al-Azhar
BUKAN suatu yang pelik jika sesetengah masyarakat memandang sebelah mata kerja seorang cleaner.
Bukan apa, rata-rata pekerjaan itu digalas oleh mereka yang tak berpendidikan tinggi.
Tambahan, tugas tukang cuci yang membersihkan kekotoran dianggap jijik, padahal jika tiada cleaner, 'porak-perandalah' sesebuah pejabat atau rumah. Betul tak?
Cerita seorang wanita yang dikenali sebagai Rose Aida wajib dijadikan inspirasi kepada kita semua.
Kisahnya sarat dengan pengajaran dan boleh dijadikan bekalan kepada golongan yang mahu memulakan hidup.
Menerusi threads di aplikasi X, Rose Aida berkata, beliau pernah melakukan pelbagai kerja termasuk sebagai tukang cuci di sebuah hospital, pekerja sambilan di kedai makan dan guru sesungguhnya cukup membanggakan.
Percaya atau tidak, di samping melakukan pekerjaan itu semua, beliau berjaya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir.
"Dulu saya pernah kerja cleaner tapi dipandang hina manusia. Sekarang, alhamdulillah saya telah menghabiskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir," tulisnya yang berazam untuk berkhidmat kepada keluarga, bangsa dan negara.
Rose Aida memberitahu, tujuan perkongsiannya di media sosial bukan untuk berbangga diri, namun mahu khalayak menjadikan pengalaman beliau agar menjadi inspirasi kepada semua.
Meskipun sudah bergraduasi dari sebuah universiti berprestij, beliau masih tidak memilih kerja.
"Kalau kalian ada pekerjaan yang nak tawarkan kepada saya, saya okey jer. Insya-ALLAH saya tak memilih kerja," katanya lagi.
RAMAI KAGUM
Rata-rata pengguna aplikasi X yang mengikuti perkongsian tersebut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dikecapi.
Ramai juga bersetuju bahawa pengalaman bekerja itu 'sangat manis'.
Memberi reaksi kepada kisah Rose Aida, seorang pelayar, Zainul Azwan berkongsikan pengalaman sama bekerja di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Samarahan, Sarawak sebagai tukang cuci.
"Jika dibandingkan dengan cleaner lelaki, kerja mereka berat sikit. Antaranya saya buang sampah di keliling bangunan, tolak tong hijau ke tempat sampah utama," kongsinya.
Setahun selepas itu, barulah Zainul Azwan dapat menyambung pelajaran di peringkat ijazah di UiTM, Shah Alam, Selangor.
"Meskipun sudah 10 tahun berlalu, namun semua pengalaman tersebut masih menjadi satu momen yang tak akan dilupakan," tulisnya.
BERIKUT KOMEN-KOMEN LAIN YANG DITERIMA:
Moga semangat seperti Rose Aida dan Zainul Azwan yang tidak malu melakukan apa sahaja menjadi dorongan kepada kita untuk berjaya.
Bagi insan seperti mereka, asalkan daripada sumber halal, tiada apa yang salah.
Kadang-kadang bukan mudah nak cari kerja yang kita minati. Justeru, jangan terlalu memilih kerja.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang