BUAT baik pasti akan diberikan balasan yang baik. Demikian kisah pekerja pembersihan atau cleaner di sebuah pusat membeli belah Jakarta, Indonesia yang bernama Edi Sonjaya ini.

Melakukan kebaikan adalah perilaku yang terpuji. Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi ALLAH. Tidak rugi berbuat baik sesama manusia kerana kelak diri sendiri yang akan mendapat balasan kebaikan di dunia dan akhirat.

Justeru, usah memandang kebaikan sebelah mata. Kejujuran Edi Sonjaya memulangkan dompet berisi wang tunai 70 juta rupiah (RM20,459.97) membuka harapan baru dalam hidupnya apabila ditawarkan pekerjaan dan wang tunai yang lumayan.

Baca juga: Niat baik remaja pulangkan dompet penuh duit dibalas dengan ganjaran tak disangka, siap ada crowdfund khas lagi

Bagaimana kebaikan yang dilakukannya dibalas kebaikan? Berikut adalah kronologinya:

1-Anak muda berusia 29 tahun itu memulangkan dompet dimiliki peguam terkenal Indonesia, Hotman Paris Hutapea yang ditemuinya di Summarecon Mall Kelapa Gading, Jakarta.

2-Dompet itu mengandungi wang lebih dari 70 juta rupiah dan beberapa helai wang kertas Singapura, Amerika Syarikat.

3-Segalanya bermula ketika Hotman bertemu tetamunya di Starbucks, Summarecon Mall Kelapa Gading. Ketika ingin membayar kopi yang dipesan, Hotman menyedari dompetnya tiada di dalam poket seluar.

4-Beliau beranggapan dompetnya tertinggal di rumah dan membayar kopi tersebut menggunakan wang yang ada dalam poket seluarnya.

5-Tidak berapa lama kemudian Hotman kembali ke kerusi dan menyambung diskusi bersama rakan.

6-10 minit kemudian Edi muncul membawa dompetnya yang tercicir.

7-Menurut Edi dompet tersebut ditemui di atas tanah.

8-“Tidak melihat dompetnya jatuh. Tetapi, tahu itu dompet Abang Hotman kerana melihatnya turun dari kereta,” kata Edi.

Baca juga: Untunglah, pekerja syarikat ‘oil and gas’ Korea Selatan terima bonus 120 bulan gaji

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

9-Hotman semakin kagum apabila wang 200,000 rupiah (kira-kira RM58.46) yang diberikan kepada Edi sebagai tanda terima kasih ditolak.

10-Kumparan.com melaporkan Hotman dan rakan perniagaannya, Andrew Susanto bersetuju mengambil Edi sebagai pekerja mereka.

11- Andrew secara suka rela menyerahkan sampul surat berwarna putih kepada Edi.

12-Namun niatnya untuk mengambil anak muda bekerja tidak kesampaian kerana memikirkan tidak manis dan beretika mengambil pekerja yang sedang berkhidmat di syarikat lain.

13-Bagaimanapun beliau sedia menunggu Edi muncul di pejabatnya dan mengambilnya bekerja pada bila-bila masa.

Iklan

Tak lama dulu Sinarplus pernah kongsikan kisah seorang pekerja pembersihan bernama Halimah yang mendapat kenaikan pangkat selepas memulangkan cek bernilai RM10.4 juta yang tercicir.

Baca juga: Buat baik dibalas baik, Abang Viva terima hadiah superbike dari seseorang

Sumber: Kumparan 1, 2, Viva ID, Detik.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.