Doktor Malaysia hasilkan tudung pakai buang bersteril pertama di UK tercalon British Muslim Award
DEMI mementingkan aspek kebersihan dan kurangkan jangkitan kuman, gadis ini hasilkan tudung pakai buang yang disteril untuk kegunaan hospital.
Gadis tersebut adalah seorang doktor junior dari negara kita, Dr Farah Shaheera Roslan yang kini bertugas di United Kingdom (UK).
Namun, apa yang sangat memberi inspirasi apabila beliau terpilih menerima pengiktirafan NHS Leadership Academy Award dan dicalonkan untuk British Muslim Award kerana sumbangannya mencipta hijab pakai buang untuk kegunaan dalam dewan bedah (OT).
Menurutnya, pengiktirafan berkenaan turut didedikasikan kepada mentornya terutama doktor Muslim di UK yang banyak memberi bimbingan.
Menurut BBC News, sebelum ini Farah pernah diminta keluar dari bilik pembedahan kerana memakai tudung yang sama setiap hari.
Sejak perkara itu berlaku, dia tampil dengan idea mencipta tudung pakai buang tersebut yang boleh digunakan ketika bertugas di 'Emergency Room'.
Dr Farah yang bertugas di Hospital Royal Derby itu berkata, dirinya menggunakan tudung sama sepanjang hari yang ternyata tidak bersih dan tidak sesuai.
Beliau turut tidak selesa untuk membuka hijab dan pernah diminta keluar dari bilik pembedahan (dengan sopan) bagi mengelak jangkitan.
Baca juga Tular budak main basikal jam 3 pagi, ibu sedih andaian warganet
Farah turut berasa sangat gembira kerana visinya menjadi kenyataan dan tudung berkenaan kini tersedia untuk semua kakitangan.
Sementara itu, perunding pakar bedah dan mentor kepada Farah iaitu Gill Tierney berkata, dia percaya idea hijab tersebut merupakan yang pertama diperkenalkan di UK untuk digunakan oleh petugas perubatan mereka.
Katanya, ia tidak memerlukan kos yang tinggi dan berharap akan memberi impak yang besar buat semua.
Sumber: BBC News
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang