'Hati berat tinggalkan emak, adik dalam cuaca tak menentu.' Suara Normala Samsudin bikin ramai sebak

A
A
A

SIAPA yang tidak kenal dengan bekas pengacara popular, Puan Seri Normala Samsuddin.

Beliau memiliki pakej lengkap dengan tutur kata yang lembut, ditambah dengan wajahnya nan jelita.

Justeru, tidak hairanlah apabila beliau diberi jolokan wanita melayu terakhir suatu ketika dahulu.

Biarpun kini Normala sudah tidak aktif lagi dalam dunia penyiaran, namun sesekali kelibatnya muncul, baik di kaca televisyen mahupun media sosial, sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan peminatnya.

Baca ni 'Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.' Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya 'tawan' puncak KLCC

Bahkan, anak kelahiran Segamat, Johor itu juga tidak lokek berkongsi rutin hariannya menerusi laman Instagram miliknya.

Pada usia lewat 50-an, beliau gemar melakukan aktiviti riadah seperti mendaki dan juga meneroka alam belantara, selain menghabiskan masa bersama ahli keluarga.

Terbaharu, Normala memuat naik satu video ketika pulang menziarahi ibunya di kampung.

Menerusi rakaman tersebut, personaliti jelita tersebut berkongsi cerita tentang ibu tercinta.

Beliau yang berat hati terpaksa meninggalkan ibu sendirian di kampung walaupun melihat situasi cuaca kini yang tidak menentu.

Isteri kesayangan Tan Seri Azmi Khalid itu turut mengimbau kenangan tentang apa yang ibunya sering lakukan setiap kali musim hujan.

Baca ni 'Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.' Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

"Hati ini sentiasa berat meninggalkan emak dan adik dalam cuaca yang tidak menentu. Jika zaman dulu emak akan sibuk berkemas untuk buat peran (bahagian atas alang yang berlantai untuk menyimpan barang dan lain-lain)

kerana musim banjir bakal menjelma.

"Jika zaman dulu kita berlapar dalam hujan kerana tiada pendapatan hasil getah. Namun, tiap manusia ada sejarah hidup, yang penting kita jadikan teladan dan bersyukur,' ujar Normala menerusi kapsyennya.

Pepatah Melayu ada mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, berpayah- payah dahulu supaya mudah pada hari kemudian.

Itu antara ajaran yang dipraktikkan ibu sewaktu kecil dahulu, yang sehingga kini tersemat dalam jiwa beliau.

"Bidalan dan perumpamaan ini yang sering emak ajar sejak kecil. Moga jadi ikutan untuk generasi kini. Moga ia tidak lapuk ditelan zaman," ungkapnya lagi.

Perkongsian Normala itu meraih perhatian ramai. Rata-rata warga maya mengakui, suara bekas pengacara rancangan nona tersebut sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan mereka terhadap empunya diri.

Bahkan, ada yang mencadangkan supaya beliau menghasilkan lebih banyak video sedemikian bagi menghilangkan rasa rindu terhadap suaranya yang lunak dan mempunyai nada yang tetap sama seperti dahulu.

Pada masa sama, warga maya turut menitipkan doa buat diri ibu Normala supaya berada dalam lindungan-NYA selalu.

Baca lagi 'Ibu ibu, adik datang ni.' Gelagat Nufail mengesot masuk bilik sambil cari ibunya yang koma bikin warga maya sebak!

Sebenarnya, dari dulu, SinarPlus tertarik betul dengan suara Normala. Suaranya memang lunak seperti masa awal-awal buat kemunculan.

Video yang dimuat naik itu, betul-betul mengimbau bagaimana pengacara cantik itu mengendalikan Nona. Satu lagi, sebak pun ada sebab terus teringat ibu di kampung.

Apapun semoga ibu Normala dan ibu-ibu kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan selalu dilindungi-NYA.

Sumber: Instagram normalasamsudinofficial

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca