Ibu muda 21 tahun teruja peroleh dua cahaya mata dalam setahun. Ini reaksi warga maya
KELAHIRAN cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin.
Soal jantina bukan satu masalah. Tidak kiralah perempuan atau lelaki, asalkan semuanya sihat belaka.
Kalau dianugerahkan pasangan kembar, ia sudah satu bonus kepada pasangan. Syukur sangat kan?
Kadangkala selepas memperoleh zuriat, ada yang tidak kisah untuk peroleh anak seterusnya. Biasanya jika boleh biarlah jarak dua atau tiga tahun.
Namun, terdapat juga pasangan yang cenderung melakukan perancangan keluarga.
Untuk itu, ada yang mengambil pil perancang dan pelbagai teknik lagi.
Perkongsian seorang pengguna Tiktok @qizz.99 telah menarik perhatian umum.
@qizz.99 aku beranak dua kali dalam setahun. dpt la anak kembar tahun? lepas ni kena rancang betul2 la. #fyp#fypdongggggggg#viral#kembartahun#foryourpage♬ Oh No - Kreepa
Dalam rakaman video itu, @qizz.99 telah ditanya bagaimana untuk merancang kehamilan seterusnya?
Jawab wanita itu, beliau ingin ingin merancang sendiri kehamilannya tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan atau alat perancang kehamilan.
Sesungguhnya, kita merancang, ALLAH yang menentukan. Empunya diri sendiri tidak sangka dikurniakan rezeki anak sekali lagi yang lahir pada tahun yang sama.
Si abang pada Januari, manakala adiknya lahir pada Disember. Wah, hebat!
Butiran tepatnya, Aryan Qalish lahir pada 22 Januari 2021 dan Aryana Dahlia lahir pada 30 Disember 2021 (bersalin secara normal).
Walaupun usahanya untuk 'merancang sendiri' gagal, beliau tetap melafazkan rasa syukur atas anugerah yang diberikan oleh-NYA ketika usianya masih baru 21 tahun.
Melihat kepada situasinya, @qizz.99 berkata, beliau akan merancang kehamilan yang sebetul-betulnya untuk anak yang seterusnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mezahirkan rasa gembira.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sama dengan @qizz.99.
Berikut antara reaksi warga maya:
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang