Instafamous kena kompaun RM1,500, langgar SOP dalam video 'alasan rentas negeri'

[VIDEO] Video alasan rentas negeri versi Hafiz Mahamad cuit hati netizen
[VIDEO] Video alasan rentas negeri versi Hafiz Mahamad cuit hati netizen
A
A
A

SEJAK kerajaan mengumumkan kompaun hingga RM10,000 kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha mencegah Covid-19, nampaknya hari demi hari ada sahaja cerita orang ramai dikenakan saman tersebut.

Sikap sambil lewa mematuhi peraturan secara tidak langsung telah memakan diri.

Terbaharu misalnya, seorang instafamous dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 gara-gara tidak memakai pelitup muka ketika menghasilkan video berkaitan 'alasan rentas negeri'.

Video yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram milik usahawan muda terbabit memaparkan anggota polis dan tentera berpakaian lengkap beruniform, melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve dan kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata, instafamous terbabit telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam.

Kompaun dikenakan berikutan kesalahannya melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambah Mohd Fadzil, dalam video berkenaan instafamous terbabit tidak memakai pelitup muka, selain dilihat mempersendakan alasan-alasan diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Ujar beliau, pihaknya mengesan video telah dimuat naik pada pukul 9.15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi penggambaran dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, Putrajaya.

pelitup muka

Artikel berkaitan: [VIDEO] Video alasan rentas negeri versi Hafiz Mahamad cuit hati netizen

Menurut Mohd Fadzil, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terlibat dalam video tersebut sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan IPD Putrajaya.

Selain itu beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal tersebut.

Dalam zaman modenisasi hari ini, boleh dikatakan sebahagian besar individu bagaikan berlumba-lumba untuk menghasilkan content video bagi meraih perhatian orang ramai.

Sehinggakan mereka sanggup mengenepikan soal SOP, situasi semasa dan sensitiviti masyarakat.

Justeru, sama-samalah kita terus mematuhi SOP supaya negara ini bebas daripada wabak Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca