[VIDEO] Video alasan rentas negeri versi Hafiz Mahamad cuit hati netizen

[VIDEO] Video alasan rentas negeri versi Hafiz Mahamad cuit hati netizen
May 3, 2021
Oleh Faezah Muda

SEJAK akhir-akhir ini isu rentas negeri semakin hari semakin panas sehingga boleh mengundang kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat.

Tambahan pula, kurang 10 hari lagi umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun apa yang menyedihkan aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan. Dalam erti kata lain rata-rata rakyat tidak berpeluang pulang ke kampung halaman.

Iklan

Namun begitu, keputusan tidak dibenarkan merentas negeri bukan sengaja dilakukan tanpa sebab.

Ia bertujuan untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Tapi, apa yang mengecewakan tatkala sebahagian besar masyarakat mematuhi peraturan ditetapkan terdapat segelintir individu tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya merentas negeri hingga membangkitkan amarah warga maya.

Seiring dengan keadaaan sedemikian, instafamous dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil mencipta satu perkongsian video yang mencuri perhatian ramai.

Iklan

Menerusi video berdurasi dua minit dan 21 saat itu, warganet terhibur apabila beliau menyertakan beberapa alasan yang biasa digunakan orang ramai untuk merentas negeri khususnya pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

“Alasan ‘rentas negeri’ nombor berapa paling sakit hati dalam video ini? Tahun ini pasti banyak alasan pelik-pelik orang nak rentas negeri balik raya.

“Macam manala kita semua tahun ni ya, semua rindu nak balik kampung kan? Bukan kita je, frontliner pun semua rindu kampung. Sabar tau sahabat semua!” tulis Hafiz menerusi ruangan kapsyen video tersebut.

Turut tersangkut banjir, Hafiz tak sangka dapat bantuan susu dan lampin anak

Pada masa sama, beliau yang digelar Ebit Lew junior itu turut memahami perasaan kumpulan barisan hadapan yang merindui dan ingin pulang ke kampung.

Iklan

Nampaknya dalam perkongsian terbaharu tersebut, Hafiz berjaya menarik perhatian ramai kerana dalam humornya terselit mesej positif yang ingin disampaikan.

Perkongsiannya itu telah mendapat hampir 700,000 tontonan dan lebih 1,800 komen.

Rata-rata warganet dan para pengikutnya terhibur dengan gelagat lucunya dalam video tersebut.

Antaranya komen warga maya:

@aizen.zatul.hijanah – Ada lawak dan ada dukanya… Semoga yang berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga dikurniakan ketabahan hati. Moga-moga yang duduk berjauhan ni sihat tubuh badan dan dalam lindungan Allah.

@nufana_ar – Hahaha buat hal betul laaaa… Lagu sedih dah tapi jadi berdekah aku nengok.

Baca jugaPetugas kesihatan Kota Bharu terjelepuk kepenatan, warganet titip doa

@imasyiema – Part rindu mak ayah air mata auto keluar…

@azieyanwahab – Betul-betul lawak la Hafiz yang tak tahan nak gelak nak blik rumah bini no 2 dengan rindu mak ayah.

@eijam_zamry – Part rindu mak ayah tu terkedu jap, kita yangg rakyat biasa ni tak dapat balik, tentera dan polis yang bertugas pun tak dapat balik, sama-sama ada mak ayah dan sama-sama rindukan orang tua.

Justeru itu, kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab akurlah dengan arahan kerajaan demi mendapat kesejahteraan bersama untuk kemudian hari.

Sama-samalah mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Iklan
Iklan