Isu jam Rolex: Siti Kassim minta maaf, Menteri Agama doakan diberi kesihatan baik

A
A
A

BEBERAPA hari lalu, jam yang dipakai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad telah disangka sebagai jam mewah berjenama Rolex.

Semalam, peguam Siti Zabedah Kassim atau dikenali sebagai Siti Kassim telah membuat permohonan maaf kepada Idris susulan insiden tersebut.

“Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” ciap Siti Kassim menerusi akaun Twitter.

Siti membalas ciapan daripada akaun Twitter milik Idris yang memaklumkan jam dipakai adalah jenama Buruj yang telah lama digunakannya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj),” jelas Idris.

Idris dalam ciapan terbarunya menyatakan respons kepada Siti Kassim.

“Insya-ALLAH saya maafkan. Saya doakan semoga Puan Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus Covid-19,” tulis Idris.

Terdahulu, tular menerusi tangkap layar daripada Twitter peguam itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangandipakai Idris.

Ia melibatkan sekeping foto yang memaparkan menteri berkenaan menadah tangan berdoa dan menampakkan jam dipakai.

Ikuti kami di Instagram

Sumber: Twitter ustaz_idris, sitikassim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca