Jalan licin, memotong berhampiran selekoh, kereta berpusing beberapa kali ragut nyawa dua beradik

A
A
A

SEKARANG sudah menghampiri musim tengkujuh. Seluruh Malaysia hujan sudah mulai turun dengan kadar yang agak lebat.

Negeri-negeri khususnya di Pantai Timur semenanjung sudahpun bersiap sedia untuk menghadapi banjir.

Sebagaimana yang kita ketahui, musim hujan juga menyebabkan jalan raya akan menjadi lebih licin dan menyumbang kepada peningkatan kemalangan, baik akibat kecuaian pemandu mahupun aspek-aspek lain seperti keadaaan jalan dan kenderaan yang kurang sempurna.

Seperti kemalangan maut yang dilaporkan berlaku di Bentong pagi tadi.

Dua beradik maut, manakala tiga yang lain termasuk ibu bapa mereka cedera apabila kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh, ini kejadian sebenar;

1. Kemalangan dipercayai berlaku pada 3.20 pagi itu melibatkan sebuah keluarga yang dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan.

2. Mangsa yang maut ialah Wafa Safia Mohd Hairy, 17, dan adiknya Adam Haiqal, 12, dengan kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

3. Ibu bapa mereka Mohd Hairy Ahmad dan Zuraini Zolkifli kedua-duanya berusia 44 tahun, cedera manakala anak bongsu pasangan itu Fahmi Eyman, 10, dilaporkan parah di kepala.

Jalan licin, memotong berhampiran selekoh, kereta berpusing beberapa kali ragut nyawa dua beradik

4. Mohd Hairy yang juga pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dilaporkan cedera tulang belakang manakala Zuraini yang merupakan guru sekolah rendah retak tangan kanan.

5. Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menghadiri majlis pertunangan ahli keluarga apabila kenderaan itu terbabas semasa pemandu cuba untuk memotong kenderaan di hadapan berhampiran selekoh.

6. Keadaan jalan yang licin juga dipercayai menyebabkan pemandu berhadapan kesukaran mengawal kenderaan sebelum kereta itu berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

7. Mangsa yang cedera dan mayat dua beradik itu dibawa ke Hospital Bentong bagi rawatan dan bedah siasat yang akan dijalankan selepas keputusan saringan Covid-19 diperoleh.

Justeru, moga korang lebih hati-hati dalam pemanduan terutamanya ketika waktu hujan dan di jalan yang gelap.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca