Jual burger tanggung kos hidup, wanita ini gigih sara anak-anak sehingga lewat malam

A
A
A

HILANG tempat bergantung selepas suami meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 2018 membuatkan Nor Amrah Bakar terduduk.

Bayangkan ketika dugaan menimpa, beliau baharu sahaja mengambil keputusan berhenti kerja selepas 25 tahun berkhidmat sebagai kerani.

Namun, Burgernita telah membuka lembaran baharu dalam kehidupan wanita berusia 50 tahun itu.

burgernita bantu ibu tunggal

Ketika kunjungan kru SinarPlus ke Flat Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, Selangor baru-baru ini, ibu tunggal itu sedang sibuk membuat persiapan menjual burger.

Kata Nor Amrah, beliau merupakan salah seorang usahawan Burgernita sejak 10 April lalu dan menerima bantuan modal berupa gerai dan bahan mentah bernilai lebih RM3,000.

Projek amal yang dilancarkan Kelab Wanita Ikon Malaysia itu turut mendapat kerjasama Mahsuri Food Sdn Bhd, ArisProp Holdings Sdn Bhd, Ikhlas.com dan Tekun Nasional.

burgernita bantu ibu tunggal

Berkongsi penglibatannya dalam Burgernita, anak jati Kedah itu bersyukur kerana diberi peluang untuk menambah pendapatan keluarga.

"Jika mahu harapkan jualan kuih yang dilakukan sebelum ini memang tak banyak, tetapi alhamdulillah dengan gerai burger ini dapat bantu menampung perbelanjaan dan kos sekolah anak.

"Kalau hari baik, dapatlah RM200 sehari. Cuma dua tiga hari ini selalu hujan dan saya terpaksa tutup awal," katanya yang memulakan perniagaan bermula jam 3 petang hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca