Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. 'Ayah tidak cukup duit beli kasut bola....'

A
A
A

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak, pemain bola sepak itu mengalami kelecuran tahap empat menjadi mangsa khianat disimbah asid sulfurik pekat cukup tragis.

Dalam satu temu ramah, pemain berbakat kelahiran Mengkuang Titi, Seberang Perai, Pulau Pinang itu, menjelaskan permulaannya dalam sukan bola sepak bermula daripada ayahnya, Abdul Halim Saad, 60.

"Inspirasi saya adalah daripada bapa saya sendiri. Waktu itu saya mula serius.

"Ayah saya ini orang kampung biasa dan melakukan kerja kampung. Beliaulah adalah permulaan saya," ujar Faisal.

Baca juga: Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian

Baca juga: ‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

Malah lebih menyedihkan, pemain Harimau Malaya yang menyarung jersi bernombor 7 itu berkongsi momen tidak dapat dilupakan bersama bapa tersayang.

"(Ayah) tidak cukup duit nak beli kasut bola untuk saya. Tetapi ayah tetap beli untuk untuk anaknya ini walaupun tiada duit.

"Terima kasih ayah kerana menjaga adik dengan baik," tutur Faisal yang turut dikenali sebagai Mickey.

Baca juga: Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

Mungkin kerana itu tonggak jentera Red Giant itu juga tidak kisah berkongsi rezeki dengan keluarga.

"Sekarang apa yang ada ini semua untuk keluarga kita, rezeki keluarga kita," katanya.

Warga maya yang tersentuh dengan perkongsian semula oleh stesen radio Era itu menzahirkan rasa sayu dan berdoa agar Faisal sembuh segera. Ujar mereka;

"Baik orangnya, murah senyum. Semoga ALLAH mengangkat darjatnya aamiin, get well soon," ujar nrlbn18.

"Menitis airmata jantanku, semoga benar-benar sembuh, aamiin," titip Josh_wise98.

"Satu benda yang aku suka dengannya kerana dia humble. Orang baik dan tidak berlagak walaupun dia star Malaysia. get well soon," ujar af_zairy

"Sedih dengar kisah hidupnya, semoga terus kuat Faisal," kongsi Lady Lynda.

"Bila part dia cerita ayah, terus rasa sayu. Siapa yang potong bawang ni," kongso Miro Vlog.

"Tentunya Faisal harapan keluarga, syafahullah," azmaml229.

Bakat Faisal terdahulu dikesan dan digilap selepas menyertai program realiti seperti Soccer Kids dan Mencari Ramli.

Bakatnya dalam bola sepak berjaya membawa dirinya menjadi antara "Ramli" yang dicari dan berpeluang menjejakkan kaki di Old Trafford.

Pemain bertubuh kecil itu pernah menjadi pemain Pahang FC, Terengganu FC seterusnya Selangor FC pada 2022.

'DIA SEORANG YANG KEBAL'- BAPA

Semalam, portal berita tempatan berkongsi kenyataan bapa Faisal yang menyifatkan anaknya kuat menghadapi ujian.

Katanya, mereka sekeluarga turut reda dengan ketentuan Ilahi dan kini menantikan kesembuhan Faisal sebelum pulang ke pangkuan keluarga.

"Alhamdulillah ketika ini dia (Faisal) boleh terima diri dia siapa (keadaannya) dan bagi saya, dia kuat. Dia seorang yang kebal.

"Sekiranya, ALLAH izin dia (keadaan kesihatannya) akan lebih baik lagi dari sebelum ini," katanya.

KAWALAN KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Dalam pada itu, isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril dan anak disediakan pengawal peribadi susulan insiden simbahan asid Ahad lalu.

Tidak hanya itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan pihak polis untuk melakukan rondaan di kediaman Faisal.

"Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan polis telah membuat rondaan. Bukan sahaja Faisal dan keluarga tetapi juga pemain lain.

"Pada masa yang sama, kita juga tempatkan pengawal peribadi untuk membantu isteri dan keluarga Faisal," katanya

Dalam perkembangan terkini, pemain sayap kebangsaan itu ketika ini dilaporkan bertambah baik selepas melalui pembedahan kedua yang dijalankan pada Selasa.

Malah beliau juga sudah boleh menjamah makanan dan bersemangat untuk cuba melakukan senaman ringan.

Sumber: Era, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca