Puas hati! Tindakan pantas wanita patahkan taktik kereta belakang redah tol percuma
PERLAHANKAN kereta dan ikut rapat di belakang, begitulah taktik yang dilakukan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai ingin mengelakkan membayar tol di sebuah plaza tol di Shah Alam.
Perkara tersebut didedahkan oleh pengguna TikTok @jannahalias_sofea yang berkongsi rakaman ‘dash cam’ miliknya di laman sosial berkenaan.
Video berdurasi 39 saat itu memaparkan sebuah Proton Waja ‘menghimpit’ kenderaan milik wanita terbabit.
Bagaimanapun taktik tersebut disedari olehnya dan dia kemudian bertindak memperlahankan kenderaan selepas membayar tol sehingga melepasi palang.
Palang tol yang akhirnya tertutup menyebabkan Proton Waja terperangkap dan perlu menjelaskan tol.
Video tersebut mendapat hampir sejuta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.
@jannahalias_sofeasemalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg?)
Walaupun perkongsian tersebut spontan, ia menerima pelbagai reaksi daripada warga maya serta memberikan kesedaran kepada ramai pengguna jalan raya lain agar lebih berhati-hati.
Dalam pada itu, ada juga warganet yang mengakui pernah melalui situasi yang sama dan berkongsi pengalaman mereka.
Baca juga Akauntan Jimat Ekstrem, Lapan Tahun Tak Beli Pakaian, Dedah Cara ‘Survive’ Di New York
Ramai yang kesal dengan insiden mengelak daripada membayar tol seperti ini dan berharap ia tidak menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.
Bayaran tol perlu dilunaskan bagi setiap pengguna kenderaan di lebuhraya. Diharapkan perkara seumpama ini tidak dinormalisasikan di negara ini. Sehubungan itu, pengguna jalan raya juga perlu sentiasa peka bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
Ikuti kami di Instagram!
Sumber: @jannahalias_sofea
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang