Sediakan 40 liang lahad untuk jenazah Covid-19 sehari, penggali kubur terima Anugerah Tokoh Frontliner Khas

A
A
A

KEMATIAN disebabkan oleh wabak Covid-19 bertali arus. Malah setiap hari, ratusan pesakit kehilangan nyawa akhir-akhir ini.

Dalam situasi pandemik dan peningkatan kes kematian, penggali kubur memainkan peranan penting sebagai petugas barisan hadapan tidak kira siang dan malam dalam melicinkan proses pengebumian mangsa Covid-19.

Biarpun terdedah dengan risiko ancaman wabak itu, tugas sebagai penggali kubur dan nawaitu menunaikan fardu kifayah tetap diteruskan buat mereka.

Baca juga Lebih 24 Jam Baru Kebumi Dek Ikut ‘Office Hour’, Kuota Dan Terpaksa Rayu Lot Kubur, Skuad Urus Jenazah Covid-19 Dedah Cabaran Birokrasi

Justeru, bagi menghargai budi dan bakti yang dicurahkan, seorang penggali kubur, Roslee Ali, 63, dianugerahkan sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.

Beliau yang menjadi penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak dipilih atas sumbangannya dalam urusan pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.

Anugerah tersebut diberikan kepada Roslee itu atas sumbangan dan jasa baktinya sejak 10 tahun yang lalu. Selain itu, difahamkan beliau juga terlibat dalam urusan pemindahan jenazah Tanah Perkuburan Islam yang tidak meghadap kiblat.

Bagai hero tidak didendang, tugas penggali kubur jenazah Covid-19 sebenarnya terdedah pelbagai risiko sekiranya tidak dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

Berdasarkan kajian saintifik dan laporan forensik hasil post mortem membuktikan bahawa bendalir yang keluar daripada jenazah Covid-19 berpotensi kebolehjangkitan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan tatacara khas bagi pengendalian jenazah untuk membendung penularan Covid-19.

Baca juga [VIDEO] Hero Tak Didendang, Siang Malam Uruskan Jenazah Covid-19, Risiko Jangkitan ‘Tolak Tepi’

Bagi jenazah Islam perlu diuruskan dengan hanya melakukan tayammum di atas permukaan luar beg tanpa perlu dimandikan.

Pengendali jenazah diwajibkan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan mencuci tangan selepas melakukan tayammum untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan.

Bilangan individu yang menunaikan solat jenazah dihadkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan pihak KKM. Hanya ahli keluarga terdekat dinasihatkan hadir pada pengebumian dan dikehendaki segera meninggalkan tanah perkuburan sebaik sahaja urusan pengebumian selesai.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca