Tuduh mabuk, tiada pertolongan, Dr Say kecewa video tular babitkan pemandu lori

02
02
A
A
A

BARU-BARU ini, tular di media sosial sebuah video berdurasi 48 saat memaparkan seorang wanita menuduh pemandu lori mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di pinggir jalan.

Hakikat sebenarnya, pemandu lori tersebut terkena serangan jantung dan telah meninggal dunia menurut kenyataan daripada pihak polis.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Disebabkan video tersebut, ramai yang berasa berang dengan individu yang didakwa membuat fitnah terhadap mangsa yang sedang nazak.

Turut meluahkan rasa kecewa, pengacara dan doktor selebriti, Dr Say yang mengatakan Allahyarham dituduh mabuk tanpa asal usul selain tiada sebarang pertolongan diberikan.

Jelas pemilik nama sebenar Dr Shazril Shaharuddin itu, serangan jantung sebenarnya tidak boleh dipandang ringan atau dibuat main.

"Video pemandu lori yang dituduh mabuk oleh wanita yang merakam ni cukup mengecewakan saya. Tanpa asal usul beliau dituduh mabuk dan tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau.

"Kalau korang amati video itu elok-elok, nampak betapa dalam kesakitannya pemandu tu sambil dia menahan keperitan serta tangan kirinya memegang dada kiri.

"Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yang dialami pemandu itu akan tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?" tulis Dr Say di Instagram miliknya.

Ujar Dr Say lagi, jika wanita tersebut bertanya keadaan pak cik itu dan segera memanggil ambulans berkemungkinan mangsa dapat diselamatkan.

Baca juga [VIDEO] Bot hantar bantuan banjir terbalik, karam, 3 anggota APM berdepan detik cemas

"Kalaulah wanita tersebut bertanya "pak cik ok ke? Nak saya panggil ambulans?" instead of menuduh pak cik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan.

"Sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, time is preciuos," tegasnya.

Dr Saya juga berharap situasi tersebut menjadi pengajaran buat semua.

"Pertama, jangan menghukum orang dan kedua didiklah diri belajar tentang pembunuh nombor satu dalam tempoh 20 tahun iaitu penyakit jantung," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca