[VIDEO] Gara-gara tertarik tong gas di dapur, gadis ini kongsi pengalaman dibungkus seperti mumia
KEHADIRAN parut pada bahagian tubuh badan yang terdedah seperti muka, tangan dan kaki pastinya mampu menimbulkan rasa kurang senang kepada kita. Betul tak?
Malah, ada juga yang menganggap kehadiran parut pada bahagian tubuh boleh dianggap hodoh dan memalukan diri sendiri terutama apabila perlu berhadapan dengan orang ramai.
Menurut pakar pengamal perubatan, parut adalah hasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu yang normal selepas kecederaan berlaku. Kecederaan boleh disebabkan oleh kemalangan, jangkitan atau pembedahan.
Tisu yang normal akan digantikan dengan tisu penghubung yang dipanggil fibrosis untuk mengisi luka supaya bahagian tersebut bercantum.
Parut boleh terbentuk pada tisu dalaman atau permukaan kulit akibat proses penyembuhan luka.
Parut yang terbentuk akan pudar mengikut masa iaitu dipanggil parut matang, tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya.
Kadangkala parut ini menjadi tebal, tetapi jika hanya di atas garisan luka, ia dipanggil parut hipertrofi dan akan kekal sampai bila-bila.
Tidak dinafikan bagi mereka yang memiliki parut kekal terutama pada bahagian muka pasti sedikit sebanyak ia akan menjejaskan keyakinan diri terutama untuk berhadapan dengan orang ramai.
Namun, bagi salah seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Amirahmaisarah02 pula dilihat ia bukanlah satu perkara yang memalukan atau mampu menjejaskannya mejalani rutin sehariannya.
Dia baru-baru ini tampil berkongsikan sebuah video di TikTok apabila terdapat salah seorang pengikutnya bertanyakan mengenai wajahnya yang kelihatan seolah-olah melecur akibat terkena sesuatu yang panas menyebabkan kulit mukanya herot.
Menurut Amirah, ketika usianya tujuh tahun, berlaku satu kemalangan sewaktu dia tinggal di rumah bersama kakaknya.
“Saya masuk dapur tapi tergelincir dan tertarik sekali tong gas menyebabkan periuk belanga atas dapur pun jatuh sekali serta terkena muka saya.“Kakak saya bawa saya masuk dalam bilik air dan basuh dengan air sebelum mendapatkan bantuan jiran serta dibawa ke hospital.
“Sampai hospital muka saya kena balut macam mumia seluruh badan sampailah jadi macam ni,” katanya.
Akibat dari kejadian itu, Amirah terpaksa menjalani kehidupan dengan wajah muka yang berparut terutama bahagian mulutnya disebabkan mungkin melecur teruk akibat terkena minyak panas.
Namun, Amira dilihat kuat dan langsung tidak kekok untuk berhadapan dengan kamera sewaktu menghasilkan konten di TikTok.
Jadikanlah perkongsian Amira ini satu pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati terutama ketika memasuki kawasan dapur atau memasak yang pastinya menggunakan minyak yang panas.
Semoga wajah Amira mampu diubati dan pulih seperti sedia kala satu hari nanti!
@nuramiramaisarap#fyp#fypppppp
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang