[VIDEO] Nurse suruh pindah katil, pesakit warga asing, angkut tilam sekali
DISIFATKAN terlalu jujur dan naif, seorang pesakit lelaki warga asing telah 'salah faham' pada arahan jururawat di sebuah wad pusat perubatan tempatan.
Menerusi satu rakaman video berdurasi 17 saat kelihatan sekumpulan jururawat bertugas terkejut dan terhibur melihat ragam pesakit terbabit.
Masakan tidak, difahamkan lelaki itu diminta berpindah katil di dalam wad yang sama.
Bagaimanapun, momen melucukan apabila pesakit berkenaan bertindak memikul tilam dari katil lama untuk dibawa ke katil wad baharu.
Tindakannya itu mengundang tawa dalam kalangan petugas kesihatan, bahkan dia turut menyanyi ketika membawa tilam untuk berpindah katil.
Bagaimanapun, jururawat sempat menghalang dan memintanya mengembalikan tilam ke katil asal.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan reaksi terhibur dengan aksi pesakit berkenaan.
@azrulhakim786Balas kepada @mrdeanobey♬ bunyi asal - AzrulHakim
Tulis warga maya:
- “Nasib baik katil tidak dibawa sekali.”
- “Betul lah dia ikut cakap nurse pindah katil. Dia pun pindah lah.”
- “Kesian dia, orang jujur ni. Semoga cepat sembuh.”
- “Nurse penat tapi terpaksa layan hahahaha.”
- “Penat juga jaga manusia. Hilang stres nurse nurse tu.”
- “Hilang stres frontliners, penghibur yang Tuhan utuskan buat kita semua dikala duka dan struggle.”
Begitulah pahit manis para petugas barisan hadapan melayani bermacam-macam kerenah pesakit. Sekurang-kurangnya momen tersebut membantu menghilangkan tekanan mereka di wad.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang