[VIDEO] Pelik anak umur 3 tahun masih belum pandai panggil mama, tindakan ibu muda ini dapat perhatian warganet

A
A
A

APABILA usia anak sudahpun mencecah tiga tahun, namun belum mengungkapkan sepatah perkataan yang sangat penting iaitu mama, hal itu pasti membuatkan si ibu dan ayah bimbang.

Bukan itu sahaja, mungkin dilema itu akan membuatkan keluarga lebih tertekan apabila orang sekeliling mula bercakap atau lebih senang istilahnya, mengata.

Apa-apapun masalah sebegitu sememangnya memang sering terjadi dalam kalangan keluarga sejak dulu lagi termasuk dengan seorang ibu muda, Aifa yang meluahkan kemelut yang sama menerusi akaun TikToknya @aifaazlan92.

Ujar Aifa, meskipun Umar Yusuf sudah pandai membaca dan mengeja, namun beliau seakan-akan terkilan kerana anak keduanya itu tidak petah bercakap lagi.

Pada masa sama, dirinya turut mengaku bahawa kesan daripada masalah mild depression yang pernah dilaluinya sebelum ini (ketika mengandung) telah mendatangkan efek kepada anak itu.

"Kalau beliau nak apa-apa, Umar Yusuf akan tarik tangan saya.

"Ada sesetengah perkataan sahaja yang boleh disebutnya seperti susu. Paling sedih, beliau masih tidak boleh panggil saya mama, tetapi saya yakin suatu hari nanti pasti Umar mampu mengungkapnya," katanya.

Melihat situasi itu, Aifa berkata, beliau sanggup mengambil apa sahaja pendekatan bagi merawat Umar Yusuf yang lambat bertutur.

Walaupun tiada sebarang tanda autisme, wanita itu tetap nekad membawa anakya melakukan sesi terapi sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ahli terapi ada memaklumkan situasi itu mungkin terjadi akibat faktor kekeliruan bahasa sekali gus menyebabkan Umar sukar bercakap

"Tolong doakan anak saya bebas dari autisme, gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) dan boleh bercakap lancar selepas ini," tambahnya.

@aifaazlan92Therapist cakap jangan malu bawak anak datang hospital. Biar orang nak cakap apa pun janji kita sebagai parent datang dapatkan rawatan awal untuk anak❤️♬ suara asli - wpt

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik langkah yang diambil oleh Aifa.

Bukan itu sahaja, mereka turut berkongsi pengalaman mengendalikan anak yang lambat bercakap.

Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan agar Umar Yusuf dapat bertutur dengan baik selepas ini.

Jadi, buat ibu bapa di luar sana yang mungkin berhadapan keadaan yang sama, segeralah bawa si kecil anda untuk pemeriksaan awal.

Baca juga: 'Kreatif, terbaik!' sekali lagi karya potret pakai rubik pukau warganet

Ingat, semakin lambat ibu bapa bertindak, masalah lambat bercakap mungkin boleh berpanjangan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca