[VIDEO] Tamak! Sampai nak licin Gerobok Rezeki, tak fikir orang lain

A
A
A

KEWUJUDAN kemudahan bantuan makanan percuma antara inisiatif yang dilaksanakan dalam situasi pandemik Covid-19.

Sukar untuk menidakkan bahawa hari ini sebilangan masyarakat terjejas sumber pendapatan dan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) bagi memutuskan rantaian koronavirus.

Justeru, pelbagai pihak persendirian, masjid, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan mewujudkan Food Bank atau Gerobok Rezeki bagi membantu meringankan beban rakyat.

Lazimnya, di rak Gerobok Rezeki diletakkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, telur dan susu untuk diambil secara percuma oleh golongan terjejas tanpa mengira bangsa dan agama.

Pun demikian, dalam usaha membantu meringankan beban terdapat individu dilihat cuba mengambil kesempatan atas bantuan ditawarkan.

Seperti mana dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali Hakimy Looi sehingga menarik perhatian warganet.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi seminit itu kelihatan tiga individu termasuk dua wanita mengambil barangan yang diletakkan di Gerobok Rezeki.

Bukan satu ataupun dua, tetapi dilihat mengambil stok barang sehingga hampir licin rak tersebut.

Tutur pengguna media sosial tersebut tidak salah untuk mengambil bantuan yang ada, namun perlu berpada-pada dan tidak mementingkan diri.

Jelasnya, barangan yang disediakan boleh diambil, tetapi kuantitinya sekadar memenuhi keperluan.

Bukan diambil secara berlebihan sehingga memberi kesan kepada orang lain yang turut memerlukan.

Baca juga Gerobok Rezeki Di Masjid, Surau Terpilih, Tawar Barangan Asas Percuma

“Maaf saya hanya tuju pada beberapa individu dalam CCTV ini.

“Jangan kerana hampa macam ini kami yang turun padang ke hulu-hilir tolong sana sini, risikokan diri membantu, jadi kecewa dan nak marah sangat.

“Jangan pentingkan diri, Food Bank hanya ambil apa yang perlu sahaja bukan ambil semua,” luah beliau.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warga maya kurang bersetuju dengan tindakan tiga individu tersebut yang disifatkan tamak.

- “Bila longgar dan tidak pantau jadi beginilah. Bila kena daftar, isi borang sebelum ambil korang cakap banyak birokrasi. Akhirnya matlamat nak membantu kepada betul-betul memerlukan tidak tercapai dan hanya memenuhi tembolok orang yang tamak haloba.”

- “Benda macam ini kena bagi orang jaga nanti yang betul-betul memerlukan tidak dapat kerana kerakusan manusia yang pentingkan diri sendiri sahaja.”

- “Macam shopping kat AEON pula.”

- “Aku cadangkan, buat packing siap-siap satu set. Dalam pek ada beras, gula, susu, mi segera, kicap dan lain-lain.”

Sumber: Hakimy Looi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca