[VIDEO]Kanak-kanak meronta enggan naik ambulans bikin warganet sebak
BERPISAH antara ibu bapa dengan anak walaupun seketika tetap mengundang kesedihan dan kerinduan mendalam.
Apatah lagi, permata hati yang masih kecil. Pastinya memerlukan pemantauan sepenuhnya di depan mata.
Namun begitu, penularan Covid-19 sememangnya tidak mengenal usia.
Baru-baru ini tular di media sosial video seorang kanak-kanak menangis dan meronta apabila dijemput
petugas kesihatan untuk dibawa ke pusat kuarantin.
Kanak-kanak perempuan itu dilihat enggan menaiki kenderaan tersebut sehingga terpaksa didukung oleh ahli keluarganya.
Ramai meluahkan rasa sedih melihat kanak-kanak tersebut menangis dan enggan menaiki kenderaan tersebut
selain mempersoalkan mengapa dia tidak ditemani oleh penjaganya.
Sehubungan itu, bapa kanak-kanak itu dikenali Hazim Yunus menerusi perkongsian di TikTok tampil
mengatakan anak perempuannya menangis dan terpaksa dipujuk ahli keluarga untuk menaiki ambulans ketika
kenderaan itu tiba di rumahnya.
Jelas Hazim, sebenarnya anak sulungnya itu baru sahaja disahkan positif.
"Anak saya dihantar ke pusat kuarantin di mana isteri saya sudahpun berada di sana terlebih dahulu."Kami semua sudah berada di pusat kuarantin. Anak saya yang ini baru sahaja didapati positif (Covid-19), wajib ada penjaga kanak-kanak. Jadi, ambulans akan hantar anak saya kepada ibunya,” katanya.
Katanya lagi, ribuan komen mengatakan kenapa anaknya dibiarkan begitu.
"Kita pun tak nak kalau anak kena macam tu, tapi dah terpaksa. Neneknya yang jaga kat rumah sebab kami semua di pusat kuarantin," jelasnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih melihat situasi kanak-kanak berkenaan.
Kata mereka;"Sedih melihat kita semua diuji. Semoga hikmah ujian Covid-19 ini membuat kita sedar dan merenung di
sebalik kejadian."
"Ya ALLAH, sebaknya melihat budak-budak yang kena. Semoga dilindungi ALLAH dan segera sembuh."
"ALLAH... sedihnya tengok, moga semua ahli keluarga tabah dengan ujian ini."
"Aku tak boleh tengok budak macam ni, aku dah rasa positif. Kita pun rasa tertekan apatah lagi budak
kecil macam ni."
Baca juga Rezeki jual sushi tepi jalan, wanita ini bersama tiga anak bangkit demi survival hidup
"Walaupun bukan anak sendiri, tak dapat bayangkan perasaan keluarganya. Semoga kembali sembuh."
@hazimyunus91Lagi sorang anak sulong kena ambil jugak..moga tuhan melingduangi keluarga saya..allah sedihnya hanya tuhan yang tau##covid19##angguns ♬ MAS JUN hanya satu persinggahan - ??M͓̽A͓̽S͓̽ ͓̽J͓̽U͓̽N͓̽??
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang