[VIDEO]Penghulu marah individu langgar kuarantin curi tumpuan, 2.2 juta tontonan
PADA zaman pandemik Covid-19 ini, mereka yang ‘bergelang pink’ akan diwajibkan kepada mereka yang diminta menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Ia termasuk kepada individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Kes Yang Disyaki (PUI), selain individu tidak bergejala, namun mempunyai sejarah berkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti Covid-19 iaitu Pesakit Dalam Pemantauan (PUS).
Seperti baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai penghulu kampung sedang memarahi seorang individu kerana ingkar arahan kuarantin dan keluar dari rumah walaupun positif Covid-19.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @Izat.F.Razi itu, penghulu memarahi dan mengarahkan individu tersebut supaya kekal di rumah kerana melanggar arahan kuarantin.
Video berkapsyen ‘ketua kampung naik angin sebab pakai gelang pink merayau merata’ itu mendapat perhatian warga maya yang rata-rata kagum dengan tindakan penghulu itu dan menyifatkan dia sebagai ketua yang bertanggungjawab.
Sehingga kini video berkenaan telah mendapat lebih 2.2 juta tontonan dan hampir 200, 000 tanda suka.
Ujar mereka;"Memang patut pun kena jerkah macam ni. Sebab sesetngah manusia ALLAH bagi akal tapi tak reti nak fikir elok-elok."
"Yang macam ni saya sokong, ketua kampung yang sangat tegas dan bertanggungjawab."
"Sampai nak terkeluar anak tekak sebab terlampau nak marah jenis manusia tak dengar kata."
"Good... siapa suruh degil sangat! Orang nak potong infeksi, dia potong gelang."
"Respect ketua kampung, kita perlukan masyarakat yang tegas macam ni lagi, tegas dengan niat yang betul."
Sementara itu portal berita tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Saifudin Aslin Abbas mengesahkan dua beradik tersebut dikompaun sebanyak RM8,000 kerana melanggar arahan kuarantin serta melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Jelasnya, untuk kesalahan tersebut, dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 dan RM1,500 pula kerana tidak mematuhi SOP dengan membawa masuk rakan ke premis kuarantin.
Baca juga Gugurnya wira negara, Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika latihan, berikut kronologi kejadian
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen Peraturan 16 P.U. (a) 293/2021 Akta 342, Ordinan Darurat (Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Justeru, bagi korang menjalani kuarantin, patuhilah arahan yang ditetapkan supaya kes Covid-19 ini segera berakhir.
@izzat.f.razi##PadangBesarPenghulu Kampung naik Hangin, Keluarga Pemakai Gelang Pink x reti dok Rumah suka merayau² ke Pekan.Penghulu kasi basuh kaw².
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang