Waspada ikan tenggiri lebih pencemaran merkuri berbanding ikan kembung. Ini penjelasan Dr Imelda
TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba tular di laman sosial 'perang' juadah laksa sehingga ada warganet mempertikaikan jenis ikan digunakan dalam masakan kegemaran rakyat Malaysia itu.
Ada komen menyindir, ada parodi dan tidak kurang juga berkongsi video cara-cara menyediakan laksa.
Perihal perang laksa turut mendapat perhatian Pakar Kesihatan Ibu Hamil & Janin, Dr Imelda Balchin.
Pun begitu, pegawai perubatan tersebut mengulas dari segi kesihatan mengenai khasiat ikan yang digunakan sebagai pelengkap kuah laksa.
Kongsi beliau menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini jika dibandingkan antara ikan kembung dan ikan tenggiri kedua-duanya tinggi khasiat Omega 3.
"Kalau tanya chek (saya), ikan mana chek suka dalam laksa, chek akan jawab ikan kembung bukan ikan tenggiri."Ikan kembung, omputeh (orang putih) panggil Indian Mackerel. Ikan tenggiri ni, omputeh panggil King Mackerel.
"Kedua-dua ialah ikan laut tinggi khasiat Omega 3, tetapi ikan laut yang besar-besar seperti ikan tenggiri ada lebih pencemaran merkuri," ujarnya.
Pesan Dr Imelda, ibu yang menyusukan bayi adalah dinasihatkan elak makan ikan laut yang besar.
"Untuk pembentukan otak bayi lebih sihat, ibu hamil dan ibu menyusukan bayi dinasihatkan elak memakan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi kandungan merkuri seperti Shark, Swordfish, King Mackerel, Marlin, bigeye tuna."Orang dewasa juga boleh mendapat merkuri toxicity jika makan terlalu banyak ikan yang tinggi kandungan merkuri.
"Mercuri toxicity boleh menyebabkan masalah saraf (neurological disorders) seperti kehilangan daya ingatan, kemurungan, anxiety dan terketar-ketar.
"Orang dewasa makan sikit-sikit tak apa la. Tok sah pulun banyak-banyak. Pasai tu laaa chek akan pilih ikan kembung dalam asam laksa utagha (Utara), bukan ikan tenggiri," katanya.
Artikel berkaitan: Netizen ‘perang’ laksa, berbalah jenis ikan. Kenali 10 jenis laksa di Malaysia
Terdahulu, cerita perang bermula selepas seorang pengguna Facebook bertanyakan cara-cara untuk memasak laksa.
Lalu, seorang individu membalas komen bahawa laksa Johor diperbuat daripada ikan parang dan ditegaskan supaya jangan jatuhkan martabat orang Johor menggunakan ikan lain.
Katanya juga, penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur.
Tak kisahlah apa jenis ikan yang korang gunakan untuk laksa, asalkan cukup seimbang rasanya.
Jadi tak perlu gaduh-gaduh ya sebab semua laksa adalah sedap!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang