3 lokasi bufet sarapan pagi viral sekitar KL, Selangor dan Putrajaya, serendah RM7. Makan sampai puas!

A
A
A

BUNTU tak tahu nak jalan-jalan cari lokasi makan di mana sepanjang cuti sekolah ni? Tak usah risau atau pening kepala.

Jika kalian bercadang nak ronda-ronda area ibu kota pada hujung minggu, sebenarnya memang banyak tempat makan yang menarik.

Paling best, bufet sarapan serendah RM7 di Naan Corner Restaurant Mr Boom 1983 yang tengah viral dekat TikTok sekarang ni.

Walaupun premis kedai yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur (KL) tersebut sudah lama beroperasi, tapi auranya memang menyengat.

Seawal jam 7 pagi, sudah ramai pelanggan memenuhi ruang makan dan sudah tentunya menu paling laku keras, roti naan dan boom yang gebu.

Banyak reviu positif dikongsikan pengunjung yang sukakan dekorasi ala hotel dengan rimbunan bunga.

Berikut info lebih lanjut:

lokasi bufet sarapan pagi

Naan Corner Restaurant Mr Boom 1983

Alamat: No 8, Jalan AU5D/1, Taman Lembah Keramat, Keramat, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 hingga 11 pagi (promosi pada Sabtu, Ahad dan cuti umum)

Menu signatur: Roti naan dan boom

Harga: RM7

Facebook: NAAN Corner Restaurant MR BOOM 1983

Instagram: @naancorner

Bukan setakat KL jer, kalau anda bercuti di Putrajaya, terdapat kedai makan yang menawarkan bufet sarapan pagi di tepi tasik.

Selain bonus panorama indah, pengunjung disajikan dengan kulinari enak dengan ruang makan yang santai dan selesa.

lokasi bufet sarapan pagi

Hanya tarikh tertentu saja dibuka untuk tempahan, kena selalu peka dengan notifikasi Indus Putrajaya by BoraOmbak.

Baca juga Kenyang sampai ke malam, ini premis sarapan pagi yang sajikan menu ‘rare’ dan ekstravaganza. Harga pun okey

Bukan setakat Bufet Pecah Perut, tempahan untuk bufet makan tengah hari, minum petang waima makan malam pun ada.

Berikut perincian lanjut:

lokasi bufet sarapan pagi

Indus Putrajaya by BoraOmbak

Alamat: No.1, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya

Waktu operasi: 8 hingga 11 malam (bergantung kepada promosi)

Harga: RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak)

Facebook: Indus Putrajaya by BoraOmbak

Instagram: @indusputrajaya

Tak kurang juga, destinasi makan-makan di Lake House Bangi, Selangor.

Bufet jimat dengan lebih 25 jenis makanan ditawarkan kepada pengunjung bermula jam 8 pagi. Promosi khas hanya untuk Selasa hingga Jumaat jer.

Baca juga Makan roti canai sebesar dulang, dodol goreng untuk sarapan pagi. Menu unik bikin ramai terliur nak cuba

Apa yang kalian wajib cuba? Nasi lemak ayam berempah, roti bakar, colek, aneka bubur dan banyak lagi.

Tak cukup lagi, bufet tengah hari juga disediakan untuk mereka yang terlewat sampai ke sana. Jadi jangan risau ya!

Berikut maklumat lanjut:

lokasi bufet sarapan pagi

Lake House Restaurant

Alamat: Taman Tasik Chempaka, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: 8 hingga 10.30 pagi

Harga: RM15.90 (dewasa) dan RM12.90 (kanak-kanak 6-12 tahun)

Facebook: Lake House Restaurant

Instagram: @lake.housebangi

Nak murah dan sedap? Memang banyak pilihan, cuma anda kena pandai cari dan terokai tempat-tempat yang mungkin belum pernah terlintas dalam wall media sosial.

lokasi bufet sarapan pagi

Nanti kalau ada lagi lokasi menarik, boleh kongsi di ruang komen kami.

Selamat food hopping semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca