5 pilihan calet buluh daun nipah yang unik lagi selesa, sesuai untuk pencinta alam dan mereka berjiwa lasak

A
A
A

KEPADA mereka yang berjiwa lasak dan gemarkan suasana di dalam hutan rimba, Masbro Hidden Village yang terletak di Lenggong, Perak antara destinasi calet buluh yang disyorkan.

Tiada tilam empuk dan hanya hamparan ambal sebagai alas tidur, namun halwa telinga para pengunjung akan bertemankan dengan suara alam yang pastinya menenangkan jiwa dan minda.

Bukan itu sahaja, deruan air terjun yang terletak berdekatan membuatkan sesiapa pun tidak sabar untuk bersiram.

calet buluh

Jika tidak, terjun sahaja ke kolam mandi gergasi yang didirikan di tengah halaman kawasan penginapan.

Berkongsi keunikan Masbro Hidden Village berkeluasan 0.94 hektar itu, pemiliknya, Datuk Mas Faizil Khan Ali berkata, idea mendirikan penginapan tersebut tercetus selepas beliau mengunjungi sebuah perkampungan calet dengan air sungai mengalir di bawahnya ketika melancong ke luar negara suatu ketika dulu.

"Bermula dari saat itu, saya menyimpan impian untuk membuka satu destinasi percutian santai dan yang lain daripada lain.

calet buluh

"Maka, terhasillah idea untuk membina 29 calet yang diperbuat daripada anyaman buluh dan beratapkan daun nipah yang menjadi identiti perkampungan Melayu asli yang tersembunyi di atas bukit,” kongsinya.

Baca juga Lihat tahi bintang, bima sakti dengan jelas di Wind Paradise Mongolian Yurt Kundasang

Mengulas lanjut, Mas Faizil berkata, disebabkan Masbro Hidden Village menerapkan konsep semula jadi, setiap kamar hanya dilengkapi dengan permaidani dan poin suis elektrik tanpa katil, bantal waima selimut.

Ujarnya, pendekatan sama turut diimplemenkan oleh pengusaha di beberapa negara Eropah.

calet buluh

"Namun, soal bilik air jangan susah hati kerana kami tawarkan servis lima bintang. Terdapat lapan bilik air lelaki dan lapan lagi untuk wanita," katanya yang juga pemilik Masbro Village Triangle House di Melaka.

Ujar anak jati Melaka itu lagi, tiada istilah sunyi pada malam hari di Masbro Hidden Village kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan pengunjung.

Baca juga Bawa anak-anak lihat dinosaur secara dekat di Dinosaur Encounter. Pasti si kecil suka

Antaranya seperti berbarbeku, aktiviti persembahan pentas di samping berswafoto dengan berlatar belakangkan hiasan lampu berwarna-warni.

calet buluh

"Jika anda datang kena pada musim durian, kami akan ajak menikmati buah durian secara percuma di kebun kami yang terletak berdekatan dengan calet. Makanlah sampai puas," katanya.

Seperkara, jika terasa untuk berkhemah, tapak di tepi sungai juga disediakan. Pakej makanan boleh dibeli di kafe atau membuat tempahan masakan kampung daripada penduduk setempat.

Baca juga Ada berani? Uji adrenalin anda di lima lokasi sukan eksktrem di Malaysia

"Dengan semua fasiliti yang ditawarkan, saya kira setiap daripada pengunjung akan menyimpan kenangan yang cukup mahal di sini khususnya buat mereka yang belum pernah bermalam di tengah hutan.

calet buluh

"Satu lagi, jangan bimbang soal nyamuk atau pacat, setakat ini belum ada lagi gangguan serangga tersebut. Ia mungkin disebabkan suhu yang sangat sejuk pada waktu malam," katanya memberikan jaminan.

Masbro Hidden Village

Alamat: Jalan TM Ladang Teh, Lenggong, Perak

Waktu operasi: 1 petang (daftar masuk)

Pakej: Bermula RM30 (seorang) hingga RM50 (seorang)

Facebook: Masbro Hidden Village

Instagram: @masbrohiddenvillage_

calet buluh

Jika anda tidak kisah tidur tanpa beralaskan tilam yang empuk ketika menikmati percutian, konsep bermalam di dalam hutan memang sesuai dijadikan pilihan.

Masbro Hidden Village yang terletak di Lenggong, Perak telah membuktikan pendekatan sebegitu berjaya memikat hati banyak pihak terutamanya penduduk bandar.

Selain di sana, carian SinarPlus mendapati terdapat beberapa destinasi menarik yang boleh dijadikan pilihan. Antaranya seperti:

calet buluh

Chalet Buluh Kuala Mu

Alamat: Kampung Bersah, Sungai Siput, Perak

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: RM60 semalam

Facebook: Pos Kuala Mu

calet buluh

Tadom Hill Resort

Alamat: No. 2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6.45 petang

Pakej: Bermula RM135 (harga asal RM150)

Facebook: Tadom Hill Resort

calet buluh

De’ Native Guest House Cameron Highland

Alamat: Beau Vista Bungalow, No. 47, Jalan Tengkolok, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang

Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Pakej: Bermula RM70

Facebook: De'Native Guest House, Cameron Highlands

calet buluh

Bamboo Village Kuala Lumpur

Alamat: Off Jalan Pelangi 5, Taman Desa Pelangi, Batu11, Jalan Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor

Waktu operasi: 2 petang (daftar masuk)

Pakej: Bermula RM120

Facebook: Bamboo Village Kuala Lumpur

Laman web: https://bamboo-village.blogspot.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca