5 pilihan destinasi snorkel paling best bersama keluarga, harga bajet dan pakej puas hati
SIAPA yang tidak mahu pulang ke kampung berjumpa keluarga dan sanak saudara pada cuti Hari Raya Aidilfitri?
Namun, sebenarnya masih ramai antara kita yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga pada saat itu. Pilihan destinasi pula pelbagai.
Sesetengah lebih gemar bercuti di tanah tinggi, namun ramai juga yang suka menghabiskan masa di pulau untuk melapangkan fikiran dan melakukan aktiviti menyelam serta snorkel.
Hal itu diakui oleh pemilik Mieha Holidays, Noor Hamiha Ishak.
Berpangkalan di Jeti Kuala Besut, Terengganu dan terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian, Noor Hamiha berkata, tempahan pakej, penginapan calet dan resort memang selalu penuh pada cuti lebaran.
“Kalau nak ikutkan, pada 1 Syawal, kami bekerja macam biasa kerana sudah ada pelancong tempatan iaitu orang kita yang datang bercuti dan pada masa sama, menyambut Hari Raya.
“Rata-ratanya dari Kuala Lumpur dan Johor. Menariknya, mereka tidak berseorangan tetapi membawa sama ahli keluarga besar bersama,“ katanya yang turut menawarkan pakej penginapan bajet bermula RM75.
Baca juga Sebelum jejak Pulau Perhentian, ‘kaki snorkeling’ kena tahu ‘port baik’ ni
Kongsi Nor Hamiha, lazimnya kebanyakan yang datang berlibur di pulau gemar bersnokel.
Di Pulau Perhentian, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Turtle Bay, Turtle Point, Coral Garden, Marin Park Point dan Shark Point.
Kata pengusaha pelancongan berusia 35 tahun itu, Lata Air Berani juga kerap dikunjungi pelancong kerana air bukit tersebut dikatakan sejuk seperti ais.
“Ajaibnya, air tersebut tidak masin walaupun berhampiran pantai dan turut dijadikan sebagai sumber air untuk diminum serta difahamkan tidak pernah kering,“ katanya.
Kepada kalian yang cenderung melakukan aktiviti pada malam hari, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan panorama di Long Beach, Pulau Kecil Perhentian dengan persembahan api, selain gerai makanan yang menyediakan pelbagai menu yang enak.
Pulau Perhentian, Kuala Terengganu
- Lokasi: Turtle Bay, Turtle Point, Coral Garden, Marin Park Point, Shark Point dan Lata Air Berani
- Pakej: Bermula RM75 hingga RM500
- Aktiviti: Snorkel, menyelam dan persembahan api
- Facebook: Miehaholidays
Selain di Pulau Perhentian, Terengganu, beberapa pulau tersembunyi di Mersing, Johor merupakan platform terbaik untuk para penyelam melakukan aktiviti air.
Bukan sahaja Pulau Tengah, Pulau Hujung dan Pulau Besar terdapat beberapa lagi destinasi yang jarang singgah pada telinga kita seperti Pulau Raja.
Pulau berkenaan dikatakan memiliki keunikan beting pasir yang cantik dan sesuai dijadikan lokasi berswafoto selain aktiviti lompat bebas dari atas tebing atau cliff jumping.
Menurut ejen kepada Alpha Daytrip Island Hopping Mersing, Nur Fadilah Yazman, dua pakej yang ditawarkan iaitu santai dan lasak memang berbaloi direbut bermula dari hari raya ke-3 lagi.
“Untuk pakej santai, sesuai kepada mereka yang membawa ibu bapa untuk bercuti. Mereka boleh bersnorkel dan berkelah di tiga pulau pilihan iaitu Pulau Tengah, Pulau Hujung dan Pulau Besar bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.
Baca juga Memang rare! Pulau 'cap jari manusia' mula jadi tumpuan warganet seluruh dunia
“Bagi pelancong yang sukakan aktiviti ekstrem dan lasak, tujuh pulau perlu dijejaki.
“Antara yang menjadi tarikan adalah di Pulau Seribuat yang mana di sini orang ramai akan melakukan aktiviti mendaki termasuk merentas laluan paya bakau.
“Seperti yang ramai kata, pulau ini memiliki keunikan geografi persis kepulauan Meldives,” katanya yang turut membawa pengunjung mengelilingi pulau eksklusif iaitu Pulau Harimau dan Pulau Mensirit.
Ujar beliau, soal makan tidak perlu bimbang kerana pakej bermula RM140 hingga RM160 untuk dewasa dan RM70 hingga RM100 untuk kanak-kanak (tiga hingga 12 tahun) disediakan di Pulau Besar.
Daytrip Island Hopping Mersing
- Lokasi: Pulau Tengah, Pulau Hujung, Pulau Besar, Pulau Raja, Pulau Seribuat, Pulau Harimau dan Pulau Mensirit
- Pakej: Bermula RM70 hingga RM160
- Aktiviti: Bersnorkel, beting pasir, clif jumping, mendaki dan merentas laluan paya bakau
- Facebook: Fiey Fadila atau Alpha Mersing Tour Trip
Tidak dinafikan, semua orang memiliki pendekatan tersendiri untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga termasuk mengambil kesempatan bercuti di destinasi pilihan.
Lokasi berlibur di pulau yang privasi nampaknya menjadi kegemaran ramai.
Buktinya, tempahan yang diterima oleh pengusaha hampir penuh di Pulau Perhentian, Terengganu yang sudah membuka operasi pada hari pertama lagi.
Bukan sahaja di pulau mahsyur berkenaan, kepulauan unik di Mersing, Johor juga mempunyai daya tarikan sendiri.
Namun demikian, SinarPlus syorkan juga beberapa pulau yang tidak kurang hebatnya untuk dijejaki. Antaranya:
Pulau Mentagor, Redang, Perak
- Pakej: Bermula RM110
- Aktiviti: Snorkel, jet ski dan aktiviti memancing
- Facebook: Pakej Percutian Murah Pulau Pangkor
Pulau Tulai, Tioman, Pahang
- Pakej: Bermula RM199 hingga RM399
- Aktiviti: Snorkel, skuba dan memancing
- Laman web: https://www.tioman.org/
Pulau Rhu Hentian, Besut, Terengganu
- Pakej: Bayaran bot bermula RM10 dan banana boat (RM15)
- Aktiviti: Snorkel, banana boat dan memancing
- Facebook: Trip To Pulau Rhu
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang