Terliur resipi Asam Pedas Daging, tak sabar nak masak untuk berbuka

1
1
A
A
A

Tak tahu nak masak apa untuk juadah berbuka hari ini, apa kata cuba resipi Asam Pedas Daging ini. Mudah dan menyelerakan.

ASAM PEDAS DAGING

Bahan-bahan:

500 gram daging

2 sudu besar rempah kari daging

1 sudu besar serbuk cili

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

4 biji tomato

10 biji kacang bendi

5 tangkai daun kesum

4 sudu besar minyak

1 sudu besar serbuk maggi cukup rasa

Garam secukup rasa

1/2 cawan air asam jawa

2 1/2 cawan air

Langkah-langkah penyediaan:

1. Daging dipotong nipis melintang. Cuci bersih toskan.

2. Satukan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan dan rempah serta serbuk cili. Tuang ½ cawan air.

3. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

4. Masukkan daging dan air kacau sekata.

5. Masukkan serbuk maggi cukup rasa, garam dan air asam jawa serta daun kesum. Tutup periuk biarkan

mendidih dan daging lembut.

6. Setelah mendidih, masukkan kacang bendi dan tomato.

7. Kacau dan biar seketika dalam 5 minit. Padamkan api.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca